Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Monday, December 5, 2011

Sebelum dan selepas gila.

   Sebelum gila blogging, bila aku bengang ke, marah ke, bosan ke, sunyi ke, aku suka sangat dengar lagu di PC aku.Pilihan biasalah, selera otai, lagu-lagu pun otai.walau pun aku ni taklah otai mana Lepas dengar lagu dan melalak sorang-sorang dalam bilik tak berapa kedap suara, kepala otak aku pun ok balik.Kalau tak ok karang kena makan ubat penenang pulak. 

   Selepas aku gila blogging, bila bengang ke, marah ke, bosan ke, sunyi ke, aku suka sangat merayap dari satu blog ke satu blog.Selain entry power yang menambah ilmu aku yang pasti bukan ilmu sihir , aku juga rasa terhibur + happy bila tengok nama-nama blogger.Kelakar ada, mengarut ada, yang tak pernah terfikir pun ada.Yang pasti dia orang tu semua kreatif gila!Tu yang aku tak jadi nak gila tu!Antara nama-nama kreatif yang selalu buat aku tersenyum adalah itik kuningbelalang, Opah Kentang,Uncle Gedek, Gayah Spears,Mak Dara,Encik Mimpi dan macam-macam lagilah.



Kucing ni kalau tau blogging pun tentu pilih blogging!
Gambar Cik Google punya.

Inilah kejadian pelik yang aku maksudkan...

   Seperti yang aku janjikan hari Sabtu lepas dalam entry aku tentang Jahlelawati, aku akan ceritakan apakah kejadian pelik yang aku alami semasa aku menyiapkan entry Jahlelawati dengan gambar hantu tu.Seperti biasa, aku try google cari gambar Jahlelawati.Aku try perkataan hantu, ok je.Kemudian aku try pulak perkataan bangsawan, pun ok.Tiba-tiba aku teringat  nak google perkataan Jahlelawati nenek kebayan....  Tup!Tup!Gambar yang keluar adalah .......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-








... semua gambar dalam entry-entry aku!

Aiik?Tu yang pelik tu!

Psst: Kejadian pelik lain waktu blogging adalah...
... bahu aku ditepuk oleh ' seseorang ' sedangkan waktu itu aku sendirian di rumah.
Kejadian berlaku pada bulan November tahun lepas.

Sunday, December 4, 2011

Anak Siti Sarah dan Shuib.Comelnya!!!!!

   Sesiapa yang tak dapat nak tengok rupa anak Siti sarah dan Shuib Sepahtu di rumah dia orang, tengoklah gambar di bawah tu.Aku pinjam dari belalang kunyit Mana dia ambik entah.Kena tanya dia.Kalau gambar ni bukan gambar baby Shuib dan Sarah, pergi tarik kaki belalang.Baby ni lelaki tapi macam perempuan ye. Comelnya....... Mudah-mudahan jadi anak yang soleh.Berbakti pada ibu bapa dunia dan akhirat....


  Gambar dari blog villa kejora 

Baru lahir tapi dah nampak cerdik.



Aku anak kucing pun takde.Si Winda kucing aku tu, bila entah nak beranak!

Ramai yang cari Ain malam tadi.

   Aku dah lama berkenan si Ain yang muncul bertudung dalam cerekarama Nur Ain malam tadi bersama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.Sampaikan Ben Ashaari buat entry khas tentang cerekarama ni.Selain Ben, di Facebook pun aku perasan budak-budak tulis pasal  si Ain ni.Jadi sesiapa yang ingin nak tahu sedikit sebanyak tentang si Ain @ Eyka Farhana ni, silalah klikdi SINI. Entry ni aku tulis pada 5 Jun yang lalu.



Ni gambar Eyka dalam Sejadah Kaabah yang buat aku jatuh hati pada dia.

Degil betul!!!

Geram betul!
Puas aku suruh dia tidur...
... tapi dia degil.

Dah 4 jam dia mengadap Cik Lenovo Ungu ni.
Kalau memandu, 
dari Pasir Gudang dah sampai ke KL dah.
(Dengan syarat memandu sendiri bukan naik bas ekspres yang tak ekspres)

Aku cucuk juga karang dua budak degil ni.
Suruh tidur pun tak nak.

Cuba korang nasihat dua budak degil ni ..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... mata aku!
Puas aku pejam tak nak tidur jugak
walau pun badan dah tak larat dah.
Asyik nak blogging je!!!!

( Gambar tu aku pinjam Cik Google.Mata aku taklah cantik macam tu.)

Saturday, December 3, 2011

Siapa kenal Jahlelawati?

   Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat Jahlelawati.Zaman aku kecik-kecik dulu, bila dengar nama Jahlelawati je, meremang bulu roma aku.Sebabnya?Sebabnya aku terbayang ketawa dia yang mengilai-ngilai sebiji pontianak dalam bangsawan radio Singapura.Aku teringin sangat nak hidup zaman ala-ala Hang Tuah atau ala-ala bangsawan. Hilang akal agaknya aku.Inilah akibat terlebih menonton cerita purba Tentu seronok kalau dapat jadi tuan puteri. Hehehe!

   Berbalik pada Jahlelawati, agak-agak masih hidupkah dia?Kalau masih hidup, di manakah dia tinggal?Kalau dah meninggal, teringin aku kenal waris-warisnya.Terfikir juga aku, agak-agak ada tak orang zaman sekarang yang namanya Jahlelawati?Ala... kenapalah aku hari ni? Asyik teringat zaman aku kecik-kecik dulu je.Agaknya aku tak puas jadi budak kecik.Oklah... aku off dulu.Nak gi tengok The X Factor pulak.



Kalau tak silap ini Jahlelawati dalam filem Anak Pontianak.
Kalau silap beritau aku ye.
Gambar aku pinjam jap dari SINI.

pssst!Ada kejadian pelik @ misteri yang berlaku masa aku Google gambar ni.
Aku cerita dalam entry akan datang.
Pelik sangat!

Friday, December 2, 2011

Bermadu 9 orang.Kejadian benar di kota Tinggi, Johor.

   Semalam aku terima sekeping gambar kiriman kakakku tersayang Kak Yong.Ke anak dia si Afif? Aku salute pada mereka dalam gambar tu.Bayangkan!Bermadu 9 orang!Hish!Hish!Hish!Mana ada orang buat?Nak kena tangkap dengan jabatan agama?Dahlah makan sepinggan.Tidur pun mungkin sama-sama.

   Apa?Aku tipu?Mana ada?Tak percaya cuba tengok gambar yang kakak aku kirimkan di bawah tu.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Opps!Ini Madu 3 P.Ramlee!My favourite!

Bawah lagi..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ni ha!Madu 9 di Kota Tinggi.

Jangan marah ha....

:D

Cintailah dia seadanya...

   Aku rasa dah berlambak aku baca entry tentang wedding anniversary.Potong kek, tiup lilin, buat pulut kuning,beli hadiah, candle light dinner dan maam-macam lagi benda-benda biasa yang dibuat.Kebanyakannya terpengaruh dek cerita-cerita barat sebab tu sangat kurang entry anniversary yang sentuh tentang baca doa atau buat kenduri doa selamat sebagai tanda syukur.

   Tetapi pada 28 November lepas, aku terjumpa entry tentang wedding anniversary yang sangat menyentuh hatiku.Ia sangat tulus dan dapat aku bayangkan betapa si penulis mencintai si isteri walau pun telah 17 tahun melayari bahtera bersama.Alangkah bertuahnya isteri si penulis.Kalau akulah menjadi si isteri, entry penuh jiwa itu pasti akan membuatkan aku mengalirkan air mata gembira kerana ia lebih bermakna dari emas atau intan permata.Sebagai seorang sahabat, aku doakan dari jauh moga-moga 17 tahun itu akan menjadi berpuluh-puluh tahun.Dengan kata lain, aku doakan kebahagiaan Si penulis dan isteri.

   Walau pun agak terlewat, aku ucapkan Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 17.Hargailah cinta dan kasih yang kalian miliki kerana tak semua beruntung memiliki sebuah cinta.



Cintailah dia seadanya...

Jaga mak sambil buat kraf felt.

   Dah lebih seminggu rasanya aku tak jadi burung hantu.Malam-malam dating dengan Cik Lenovo.Jadi malam ni, walau pun badan letih yang amat sangat, aku gagahkan juga untuk jadi burung hantu.Mudah-mudahan dapatlah aku bertahan hingga jam 1.

   Seminggu ni memang aku sibuk dan letih sebab jaga mak yang sakit.Walau pun keadaan mak takkan sama dengan keadaan sebelum mak sakit, aku bersyukur kerana ada sedikit kemajuan.Mak dah boleh makan nasi dan dah mula nak berbual berbanding minggu lepas.Masa mak senyap je dan tak de respon bila aku ajak bercakap, sedihnya hati Allah saja yang tahu.Siapa yang pernah alami tentu faham maksud aku.Sesiapa yang maknya masih sihat, gembirakanlah hati mak masing-masing kerana merekalah satu-satunya mak kita.

  Oleh kerana keadaan mak yang sedikit pulih, dapatlah aku memulakan hobi yang aku plan untuk cuti sekolah iaitu kraf menggunakan kain felt.Semalam aku berjaya menyiapkan satu beg duit dan satu keychain.Walau pun tak secantik buatan mereka yang arif,aku puas hati jugalah dengan hasilnya.Cuba tengok.Ok tak?




Ok tak keychain yang aku buat ni?



Yang ni projek baru start lepas isyak tadi.Nak buat beg duit untuk anak sedara aku si Hanis.
Peminat Angry Bird tu yang dia mintak aku buat Angry Bird tu.
Angry Bird aku wajib ada warna purple



Ni bahagian belakang beg duit yang belum siap.



Beg duit ni dah siap semalam tapi aku lupa nak beli riben untuk gantung love tu.
Aku ada riben biasa warna purple tapi anak sedara aku Si Izzah tu tak nak.High demand betul budak bertuah tu.
Design tu dia yang reka.
Oklah bagi budak berumur 9 tahun.



Inilah beg duit Si Izzah jika dilihat bahagian belakang.



Keychain ni aku siapkan semalam.

   Lepas siap beg duit Si Hanis anak sedara aku tu,aku plan nak buat penyepit rambut atau pin tudung pulak.Mesti comel bunga-bunga dan ada butterfly kesukaan aku.Yang pasti tentu ada design aku tu yang warna purple.Apa nak buat.... Aku ni memang minat sangat warna purple.Oleh kerana Ombak Rindu sedang hot, aku plan nak buat something ala-ala Ombak Rindu.

   Opps!Mak aku terjaga dari tidur pulak.Aku mintak izin jenguk mak jap ye!
p/s: Ada yang tanya, nak order beg duit, key chain atau lain-lain tu, boleh tak?
Jawapannya:Boleh.Send je email kat aku.
scarlett_j1@yahoo.com



Thursday, December 1, 2011

Spontaneous Thursday

WHY ME?
I DID MY BEST BUT STILL CAN'T MAKE IT.

Credit to Cik Google


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Credit to Yuna ( Penakut Song )

MAK DARA FABULOUS GIVE AWAY


1.Wajib letak banner Mak Dara 

2.Follow blog Mak Dara 
( Dah lama dah follow Mak Dara)

3.Berikan SATU tajuk filem
Oklah Mak Dara.Ni tajuknya
KONSERTO TERAKHIR

Dah siap dah.

p/s : Konserto Terakhir adalah sebuah novel hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain.Cerita yang sangat sesuai untuk dijadikan filem.
Mesti menangis bila menonton cerita ni nanti.
Mak buatlah skrip dia....

Akhir sekali,tinggalkan url entry ni di blog Mak.




Resipi ayam kari pain killer

   Aku suka cuba petua tak kiralah petua orang tua atau petua orang muda.Aku juga suka makan ayam terutama ayam pencen.Tak kiralah orang nak kata ayam pencen tu kegemaran orang kampung sebab aku memang orang kampung pun walau pun kampung aku seekor kambing pun tak ada.Jadi, suatu hari tu, aku telah membeli seekor ayam pencen dengan harga RM9.50.Mak aih!Minggu sebelumnya seekor baru RM7.Cekik darah betul!Nasib baik tukang jual ayam tu handsome, kalau tak, aku cekik dia sekali!

   Balik rumah, aku pun dengan cekapnya ewah!Kalah Master Chef menyiapkan ayam pencen tu untuk dimasak.Apa lagi, menu terbaik untuk ayam pencen kalau tak kari.Kemudian aku teringat petua konon katanya nak bagi ayam tu cepat empuk, masukkan sebiji dua panadol.Aku pun melilau cari panadol.Apa tak melilau sebab aku tengok takde panadol dalam peti ubat aku.Minggu lepas, macam ada tapi sekarang dah tak de.Makan panadol macam makan kacang goreng pulak.

  Sedang aku mencari-cari tu, aku ternampak pain killer yang memang biasa aku standby di rumah.Entah syaitan apa menghasut aku, aku pun ambil sebiji dan campak ke dalam kari yang sedang dimasak.Tak terfikir langsung yang panadol dan pain killer tu tak sama.Selepas 20 minit, aku try tengok empuk tak ayam tu.Mak aih!Punyalah empuk sampai tertanggal isinya bila aku sentuh dengan senduk.

   Hati aku pun dah berbunga-bunga nak makan nasi lauk ayam pencen masak kari.Tapi bila aku suap je ayam tu ke mulut, mak datuk pahitnya masyaallah!Ayam pencen aku dah bertukar rasa jadi buah peria!Ku sangkakan kerana hempedu terpecah semasa proses memotong tapi pahitnya tak boleh aku telan.Fikir punya fikir baru aku teringat, mungkin itu disebabkan oleh pain killer yang aku masukkan.Jadi terpaksalah aku tengok je kari ayam tu dalam pinggan.

   Dah tak de rezeki nak merasa ayam pencen masak kari, nak buat macam mana?Oleh kerana perut dah lapar dan aku kena cepat pergi rumah mak, hari tu aku makan nasi dengan sayur je.Abis aku kena kutuk gara-gara ayam kari pain killer!



Cantik ayam ni posing.




Ayam yang tak sanggup aku makan!

Gambar credit to Cik Google