Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 31, 2011

Sampai hati kau buat aku begini....

   Bukan setahun dua aku setia padamu walau pun pelbagai cerita buruk yang ku dengar.Walau pun selama ini kau tak pernah melayanku bagai seorang permaisuri, aku tetap bahagia.Bukan sedikit yang menasihati aku agar melupakanmu tapi aku masih lagi tetap begini.Setia dan terus setia.

   Hinggalah malam Jumaat, 30 Disember yang lalu.Habis sudah rasanya kesabaranku dek layananmu yang hampeh.Kerana layanan hampehmu itulah maka aku tak dapat menonton Maharaja Lawak Mega Akhir!!!!Geramnya aku!Bila aku call, pembantumu kata kerana decoder dan akan diselesaikan dalam masa 14 hari bekerja.Buat sementara waktu, pembantumu minta aku menonton di rumah jiran.Ceh!Ada ke patut?

   Berbuku berketul-ketul rasanya hatiku kerana terlepas Maharaja Lawak Mega Final semata-mata kerana katamu; " Service is currently not available".Tapi channel Arab yang entah apa-apa, chanel B4U, channel Cina, elok pulak hatta hujan ribut petir sekali pun!Ceh!!!!GERAM!GERAM!GERAM!Mahal-mahal aku bayar tapi service entah apa-apa!Aku mogok baru tau.Masa tu barulah ASTRO jadi HISH!HISH!TERUK!!!




Cakap tak serupa bikin!
Indah khabar dari rupa!


    

Friday, December 30, 2011

Terima kasih semua...

   Maafkan aku kerana tak hadir temu janji semalam.Bukan niatku cuma aku keletihan yang amat sangat maka terpaksalah aku bertemu janji dengan bantal pelukku. :D Terima kasih Kak Pah kerana sudi hantar sms walau pun mulanya aku tak perasan.Sekejap lagi saya singgah rumah Kak Pah ye.

   Terlanjur aku dah online ni, aku ingin ucapkan terima kasih tak terhingga atas kasih sayang dan persahabatan yang telah teman-teman berikan.Amat besar maknanya bagi aku seorang blogger anchovy.Tanpa kalian, siapalah aku di dunia maya ini.Harapan aku moga tahun 2012 yang bakal menjelang 2 hari lagi akan memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita.Terima kasih juga kepada yang telah mengucapkan selamat hari jadi walau pun hari jadi aku 1 Januari ni. Terima kasih... terima kasih... terima kasih... 

Terlalu ramai yang menghulurkan persahabatan.Antaranya ialah...





Thursday, December 29, 2011

Mak datuk! 2 jam?Mati aku!

   Akhirnya dengan doa teman-teman, aku berjaya mengharungi temuduga paling mendebarkan.Tiba di Cyberjaya ( Wisma Mustapha Kamal ) tepat-tepat jam 8.30 pagi.Bila daftar, dapat turn no.7.Kemudian aku dan calon-calon yang lain dikumpulkan di suatu tempat.Walau pun tak de seorang pun yang aku kenal, bila dah nama cikgu tu, rasa macam adik-beradik pulak.Jadi kami pun sembang-sembang sambil tunggu giliran.

   Ada yang dari Tanjung Sedili, Kota Tinggi, ada yang dari Penang, Seremban, Ipoh, Kulai; pendek kata satu semenanjung.Isu diborakkan adalah SBPA.Rata-rata setuju dan nampak faedahnya dan masing-masing dah pun tanda tangan.Aku tengok,takde pun yang study nak mati untuk temuduga.Santai je.Sesekali aku jenguk-jenguk calon-calon yang telah dipanggil masuk ke bilik-bilik temuduga.Ada yang sejam, ada yang 20 minit dan mak datuk!Melampau sungguh!Ada yang 2 jam!Entah apalah yang ditanya dek penemuduga tu!

   Dari jam 8.30 pagi aku menunggu hinggalah jam 12.20 tengah hari baru nama aku dipanggil.Entah kenapa aku murah pulak dengan senyuman walau pun jantung berdegup kencang.Selain sijil-sijil dan dokumen yang diminta, aku bawa sekali resume dan sijil-sijil aku dari tingkatan 3.Mula-mula, aku diminta bentangkan proposal aku.Banyak jugaklah soalan dari Dr penemuduga berdua tu.Aku pun apa lagi, gorenglah!!Hahaha!Kemudian mereka tanya pulak pasal sekolah dan lain-lain.Ok je aku jawab.

    Akhir sekali aku diminta mendengar syarat-syarat yang wajib aku patuhi sekiranya aku ditawarkan cuti bergaji penuh nanti.(Aikkk?Petanda baik ke tak ni?) Aku pun mendengar dengan khusyuk ( Walau pun dalam hati terfikir, bilalah nak habis.Aku nak balik cepat ke Pasir Gudang sebab banyak kerja) Kemudian semasa aku mengambil kembali fail-fail berisi sijil-sijil aku, salah seorang penemuduga tu kata, semasa buat master nanti aku kena kecilkan scope research aku tu sebab proposal yang aku hantar dah taraf PhD.( Petanda baik ke tak ni?) Aku iye kan ajelah dan tersengih semasa beri salam nak keluar dan semasa berjalan keluar!Nasib baik aku tak terlanggar mak cik cleaner di luar bilik tu.

   Kemudian, aku tengok jam... aikkk???Takkan 20 minit je? Kawan di bilik sebelah yang masuk sebelum aku pun belum keluar lagi.Agaknya penemuduga aku tu dah tak tahan lapar sebab tu dia lepaskan aku keluar awal atau mungkin sebab dia tak tahan tengok aku senyum memanjang.Hahaha!!!Sekarang, aku dah balik Pasir Gudang dan duduk dengan selesanya di meja kerja aku (sebenarnya banyak kerja blogging je! :D)

   Terima kasih pada yang sudi singgah kerana walau pun aku online sekejap-sekejap je tapi traffic still maintain dan ironinya ranking Alexa aku makin ok.Terima kasih juga kepada yang sudi doakan kejayaan aku.Kalau ada rezeki, dapatlah aku cuti belajar bergaji penuh untuk buat master tu.Kalau tidak, aku akan cuba lagi.Calon yang aku jumpa ada dah 6 kali mohon baru pertama kali berjaya dipanggil interview.Aku kira bernasib baik.Mohon sekali terus dapat interview.

  Fakta semasa temuduga

1.Temuduga dijalankan 100% dalam Bahasa Inggeris.
2.Temuduga dijalankan dalam kondisi yang sangat santai.Macam berborak-borak je.
( Ada calon yang kata proposal mereka kena campak.Entah ye ke tak )
3.Masa untuk aku ditemuduga hanyalah 20 minit.
4.English penemuduga aku terutama yang lelaki tu tak berapa fluent sebab banyak salah sebutan.
Sssshhhh!!!
5.Semasa temuduga tu, aku asyik ingat nak blogging je!



Mula-mula muka aku macam kucing ni.
Risau +  sejuk sebab berjam duduk dalam aircond.


Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday

 

Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Wordless Wednesday


Credit to Google

Tuesday, December 27, 2011

Petua kuruskan badan...

Siapa nak petua kuruskan badan?
Boleh cuba petua ni.
Ternyata berkesan..
Ambil 10 biji limau kasturi atau 5 biji limau nipis
( nak guna lemon pun boleh)
Masukkan dalam segelas air sejuk
Bubuh gula sedikit saja
( Kalau rajin kiralah gula tu dalam 25 biji)
:D
Lepas tu buatlah air untuk sedapkan tekak.
Minumlah setiap hari selama seminggu.
Aku hilang 3 minggu bila cuba petua ni.
Tapi....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku tambah 8 kilo
sebab...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

...tiap-tiap malam aku makan sup kambing!
Huwaaaaa!!!!

Dia yang terbaik untukku, tapi aku tak dapat menerimanya....

Aku tau dialah yang terbaik untukku
Tapi ...
mengapa hingga ke saat ini,
aku masih tak dapat menerimanya?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Susu..
Aku tak suka susu!!!!

Terkejut jumpa peminat! :D

   Tak sangka pulak blog aku ni ada pembaca setia di kalangan ibu bapa anak-anak murid aku.Kisahnya tadi, lepas taklimat SBPA dalam aku terkocoh-kocoh nak segera ke bus stand, ada seorang ibu kepada anak murid aku datang bersalam.Dia ucap terima kasih sebab anak dia lulus PMR walau pun sederhana.(Bagus ibu ni sebab tak paksa anak-anak capai apa yang tak mampu dicapai )

   Jujurnya, aku tak berapa cam anak ibu tu kerana almaklum sajalah, calon PMR sekolah aku tahun 2011 ni kurang 2,3 orang 400.Tapi adalah 6 sesi aku buat kelas intensif dengan budak-budak galus ( gagal / lulus atau markah cukup makan).Jadi bila ibu tu kata, aku banyak bagi inspirasi pada anak dia untuk lulus, aku senyum jelah.Siapa yang jadi cikgu tentu faham apa yang aku rasa.

  Kemudian, lepas 2,3 minit berbual, ibu tu kata, dia suka baca entry-entry aku.Sampaikan dia boleh cerita entry aku tentang nyamuk, tentang belangkas, tentang aku buat blue berry cheese tart dan macam-macam lagi.Kebanyakan entry aku masa mula-mula blogging, masa bahasa ala-ala Cikgu BM.Wah!Terkejut aku sekejap.Rasa tersanjung pun ada!Senyum sampai ke telinga!Macam jumpa peminat pulak!Hahaha!

   Oleh kerana aku nak cepat, aku pun mintak diri.Masa bersalam, ibu tu kata nak add aku di FB dan nak mintak resipi tat Rindu Malam ciptaan aku.Hahaha!!!Aku pun kena rujuk netbook aku sebab aku buat tat tu setahun sekali je.Resipi pun tak ingat.Apa pun, terima kasihlah sebab jadi peminat setia Teacher Scarlett.Ala.... aku lupa nama dia.Anak dia pun aku tak tau namanya.Naik sekolah nanti, aku kena cari anak murid aku tu bagi resipi tat aku.




Tat Rindu Malam ciptaan aku.



Tat Keju Blueberry ( pelik pulak bunyinya guna BM )
Corak tu hodoh sikit masa cubaan tahun lepas.
Tahun ni dah cantik dah.



 p/s
Masih bersiaran dari atas bas.
Aku confuse sikit.
Kat tiket tulis lain ( apa entah nama syarikatnya)
Kat badan bas tulis City Liner
tapi kat depan tulis Jebat Ekspress!!
Asal jangan jadi Tuah Ekspress sudahlah Labu!!!



Dasar dan opsyen SBPA : Oooo!!!Aku dah faham!

   Alhamdulillah... Akhirnya setelah diberi taklimat dan penerangan secara detail, aku faham apa itu SBPA.Hasilnya, aku terima dengan rela hati SBPA (  Saraan Baru Perkhidmatan Awam) dengan pencen 56 tahun, sama seperti dulu.Bukan aku tak nak pilih 60 tahun.Aku risau rakan-rakan blogger nanti lukis Teacher Scarlett bertongkat pergi mengajar!Kesimpulan yang aku buat, SBPA adalah penambahbaikan bagi skim/sistem ( alamak!Tiba-tiba aku lupa terms yang betul) saraan baru yang sedia ada.Gaji naik, pangkat pun naik.Tentang Exit Policy tu, sesiapa yang tak berikan komitmen penuh untuk bekerja, memang patut pun kena berhenti.Itu pun bukan berhenti serta merta.Kerajaan beri tempoh untuk tingkatkan prestasi.Apa pun aku bersyukur kerana bergelar kaki tangan awam.




Sentiasa bersyukur dengan nikmatNya

p/s
Bersiaran dari dalam bas City Liner dari Pasir Gudang ke Cyberjaya.

Monday, December 26, 2011

Aku teringin betul!!!!

 Yeah!!!Esok pagi ada meeting di sekolah!
Aku teruja nak jumpa teman-teman seperjuangan.
Tentu masing-masing cerita pengalaman bercuti.
Aku?
Bercuti di blog je lah...
Tapi aku happy..
Aku dapat pergi Qatar
Aku dapat pergi China
Aku dapat pergi Jerman




... dan macam-macam lagi

Tapi satu je lagi aku tak sempat jumpa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... durian tembaga!

Blogger cun tipu aku!Cis!

   Aku kecik hati.Kecik hati sangat.Memanglah aku ni bukan budak-budak, tapi kadang-kadang aku rasa aku ni mudah sangat percaya dan kesian pada orang.Dahlah tahun ni realitinya aku banyak kali kena tipu, time blogging pun aku kena tipu.

   Penipuan pertama yang buat aku kecik hati : Tolonglah saya pilih yang mana satu pet terbaik untuk saya tahun depan.Aku tengok ada gambar itik, kucing, kuda dan entah apa lagilah.Aku si lurus bendul ni pun kliklah.Ceh!Tiba-tiba yang keluar iklan churp!churp!Hampeh!Blogger muda belia.Cantik cun melecun tapi menipu dalam baik!Tak macam Niena Sofea, terang-terang kata dia dah klik semua iklan di blog aku dan sebagai balasan, aku klik semua iklan di blog dia.Anak dara macam nilah sesuai buat menantu!



 

Selamat berkenalan Niena!

   Oklah.Sampai di sini dulu luahan hati aku si lurus bendul,Tak pelah... kau tipulah lagi.. Aku reda je.Mudah-mudahan aku dapat pahala saham di akhirat.Opps!Aku mintak izin berhenti dulu.Nak tengok Robin Hood di HBO,Aku memang suka cerita-cerita Epik or cerita-cerita zaman tok kaduk ni.Sebab tulah nama aku Scarlett O'Hara.... Gone With The Wind!




Kalau tak silap ni Mel Gibson yang jadi Robin Hood.

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aku nak Owen Wilson.

Seram juga!Ni aku buat sticky post.

   Entry  esok ( 27 Dis) dan hari-hari seterusnya mungkin banyak scheduled post. Aku tak sempat nak blogging or blogwalking.Lusa pagi-pagi ada taklimat di sekolah.Kemudian tengah hari aku bertolak ke Cyberjaya.Malamnya aku sibuk study untuk interview .Interview dijangka jam 8.30 pagi, 28 hb.Gitu-gini, mungkin tengah hari baru aku free.Petang bertolak balik ke Pasir Gudang.Malam belum tentu aku blogging.Hari Khamis dan Jumaat aku ke sekolah lagi.Hari Sabtu dan Ahad,ada majlis perkahwinan.Oooo mak ai!!!Sibuknya!!!Kalah YB.

  Jadi, sementara aku takde tu, silalah baca entry-entry lama aku.Ada seribu lebih dah.Banyak pilihan tu...dan jangan lupa doakan aku sukses dalam interview ye. Seram juga ni weh!!!!!!!!!!!!!!

Selamat kembali ke sekolah...

    Tak lama lagi dah naik sekolah.Aku pasti ramai emak-emak yang sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak.Cuma aku nak ingatkan satu perkara lagi iaitu, jangan lupa ajak sekali bapak-bapak untuk ikut sama merasa susahnya + penatnya menguruskan persekolahan anak-anak.Bukan apa, aku selalu jumpa emak-emak je yang bawak anak-anak.Mana dengan anak baby lagi, yang umur 2,3 tahun lagi.Kesian aku tengok.Bila tanya, mana ayahnya, emak-emak jawab, ada dalam kereta, malas nak turun!Ada ke patut!

   Perkara kedua, bukan pakaian je kena baru.Azam untuk belajar pun kena baru.Bagi yang bakal menduduki peperiksaan besar, mula dari awal.Di sekolah aku, hari pertama persekolahan dah mula belajar. Kena mula belajar bersungguh-sungguh dari awal.Jangan sesekali tunggu last minute.Buku-buku kena sampul.Barulah ada semangat nak belajar.Taklah bila bukak beg, mood terus hanyut ke laut sebab buku ...ya Allah!

  Kepada cikgu-cikgu pulak, bila dah tau mengajar kelas apa, cepat-cepatlah bersedia dengan segala macam mak nenek.Jangan last minute.Lebih-lebih lagi yang mengajar kelas peperiksaan.Bagi guru English, harap-harap dah pun selesai membaca poem ke short story ke novel untuk diajar.Taknaklah nanti, anak-anak murid lebih tahu dari cikgu!

  Kesimpulannya, elok buat checklist mana yang dah dibuat dan mana yang belum dibuat.Barulah sempurna kerja kita.Kepada blogger-blogger yang juga cikgu, terpaksalah kita bahagikan masa sebijak mungkin kerana maklumlah awal-awal tahun ni tiap-tiap sabtu kita kena kerja.Ok.Of dulu.Aku nak pergi cari lipstik.Eh!Tu penting juga tau!Taknaklah nanti masuk kelas muka macam vampire sebab bibir pucat.Ala... buat syarat je.Bukan merah menyala pun!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!


Sunday, December 25, 2011

Doodle comel Teacher Scarlett

   Entry kali ni, aku tujukan khas buat blogger Nie.
Semalam, semasa aku tengah sakit kepala mengemas ofis rumah aku,
macam biasa aku online sekejap-sekejap,check Alexa, check komen dan publish.. dan tiba-tiba aku dapat doodle cantik dari blogger Nie.
Aku pun on cloud nine! Yippie!!!
Terus laju je aku mengemas!!!
:D

Pandainya dia buat doodle!


Nak harap aku buat sendiri
Buat donut pun aku tak sempat!
Thank you so much ye Nie.

p/s: But I'm not a GIRL in gown
I'm a LADY in gown!
:D


Cik Nie nak buat doodle saya tak?

Birthday Giveaway


Aku ditag oleh Mama Tunz untuk join birthday giveaway oleh Zai Kulim sempena harijadi Zai Kulim pada 6 Disember lalu.1 Januari ni pulak birthday aku.Manalah tau, ada rezeki, dapatlah aku hadiah tupperware yang awesome tu. :D

Syarat-syaratnya senang je .Cuma follow dan like page-page di bawah.

1.Follow Zai Kulim dan sponsor 1 iaitu Tupperware With Love


Dan hadiahnya adalah ...


Amboi!!Cantiknya!!!

3. Follow / like sponsor 2 iaitu http://www.facebook.com/kedaikecilemak

Dan hadiahnya ....


4. Follow Sponsor 3 
Tupperware Promotion With The Lowest Price Ever

Dan hadiahnya...


Geramnya!!!Comel!!!


Dan hadiahnya 
- go green bag tupperware 1 unit
- handmade 2012 planner 1 unit
( Yang ni tak de gambar )

6.Follow sponsor 5

Dan hadiahnya...


Mudah-mudahan ada rezeki nak menang tupperware comel ni...

7. Follow sponsor 6 & 7
( Eh!Rasa macam dah follow tadi?)

Dan hadiahnya, akan diberitahu kemudian.

8.Kemudian wajib letak link sponsor kat entry macam yang aku buat ni.
( Kalau ikut apa yang aku faham, letak link untuk semua sponsor 1-7.Betul tak? )

9.Tag kawan-kawan yang mungkin ingin sertai.

10.Kemudian tinggalkan link di ruangan komen Zai Kulim supaya senang dia nak semak.( dan bagi hadiah. :D )

GA berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2011.

Blogger kesayangan yang aku nak tag adalah :







Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com


Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

   Pagi-pagi lagi, sebelum subuh, sebelum ayam bangun tidur, aku dah teringat nak join segmen Mia ni.Jadi, apa lagi, inilah dia...

Syarat-syarat
1.Terbuka kepada semua blogger : Ok. Lulus
2.Buat entry dengan tajuk di atas : Ok.Lulus
3.Copy paste gambar di atas : Ok.Lulus
4.War-warkan penyertaan kepada pengunjung : Ok.Jap lagi
5.Blog wajib ada shoutbox : Ok.Lulus
6.Letak permalink / url entry di ruangan komen Mia : Jap.Lepas publish.

Itu je.Jomlah join!

JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA


Tiap-tiap hari aku jenguk Alexa.Jadi, bila Cik Diana buat segmen tingkatkan ranking Alexa ni, takkan aku nak tengok je kan? Rugilah... Sekurang-kurangnya dapatlah aku kenal lebih ramai blogger.Ok, sesiapa nak join, kliklah di SINI.

Saturday, December 24, 2011

Nasi Hangit time blogging

   2011 hampir melabuhkan tirainya.Tinggal 5 hari je lagi akan muncul mentari 2012.Bermakna akan bertambah lagi setahun umurku!Jangan tak tahu, 1 Januari tu hari lahir aku. Sepanjang tahun 2011 ini, sebenarnya banyak pahit dari manis yang aku alami.Yang pahit, realiti hidup aku sebagai seorang manusia.Yang manis pula, pengalaman aku sebagai seorang blogger.

   Kejadian pertama berlaku pada tahun ni tapi bulannya aku dah tak ingat dah.Waktu tu aku sedang sibuk menulis untuk satu entry.Seperti biasa, sambil cari ilham, sambil aku berjalan-jalan aka blogwalking.Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.Aku tak naklah orang kata aku gila blogging sampai lupa nak masak.Jadi aku pun masaklah nasi.Kebetulan periuk nasi elektrik aku rosak.Aku pun gunalah dapur gas.

   Selepas aku hidupkan api dapur tu, aku pun sambung blogging.Macam orang gila aku gelak-gelak baca satu entry di blog Nasi hangit Tapi aku lupalah pulak entry apa yang aku baca tu.Sambil tu, aku sempat juga klik blog-blog lain untuk blogwalking sambil tulis entry.Tamak betul aku bila dah gila blogging.Internet time tu pulak punya lah laju!Tiba-tiba, time aku gelak sorang-sorang tu, aku terhidu bau hangit!

   Ya Allah!Baru aku teringat aku tengah masak nasi!Aku pun apa lagi, melompat ke dapur!Macam nak pengsan aku kena gelak sebab nasi aku betul-betul hangit dek terlampau asyik baca entry di blog Nasi hangit.Bukan sikit punya hangit tapi dah habis rentung nasi dan periuk aku yang bahagian bawah.Betul-betul punya hangit!Pengajaran daripada kejadian tersebut, aku set jam aku yang akan berbunyi setiap sejam sebagai ingatan supaya aku tak betul-betul jadi gila sebab blogging!




NASIHANGIT.BLOGSPOT.COM

Siapa nak berkenalan dengan Nasi hangit, silalah KLIK!


Ssshh!Tapi aku jarang ke blog Nasi Hangit sebab banyak entry 18sx.
Nanti anak murid aku marah!

Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah : Banyak yang terbalik ni...

   Zaman sekarang ni banyak benda yang dah terbalik kot.Contohnya lelaki tunjuk badan, dikenakan tindakan keras kerana kononnya melanggar adat dan agama.Tetapi perempuan bukan saja tunjuk badan, tapi tunjuk benda-benda lain yang tak patut ditunjuk, tak pulak dikenakan tindakan.Sebaliknya dapat anugerah wanita berpakaian terbaik.Kan terbalik tu?

   Contoh yang kedua, pasangan kekasih tak nak umum atau mengaku sedang berkasih kerana hormatkan keluarga @ nak jaga nama baik keluarga tetapi pada waktu yang sama bergambar memeluk pinggang ( kalau dah peluk pinggang, mestilah rapat dan bersentuh, kan? ) tak pulak terasa nak hormat Allah.Kan terbalik tu!Sifu Ben Ashaari pun ada sentuh tentang isu ini.

   Contoh yang ketiga, makin ramai manusia gelandangan yang hidup merempat tak berumah.Makan pun ikut sempat mana dapat je.Tapi pada satu pihak, seekor kucing atau anjing, yang ada otak tapi kurang akal, dan pastinya tak tahu apa makna hidup selesa, hidup dalam kemewahan hinggakan siap ada pembantu, pemandu dan pengawal peribadi lagi.Kan terbalik tu?

   Contoh yang keempat, aku pasti umat Islam bila disentuh soal babi ( maaf, aku telus, aku tak nak guna perkataan khinzir kerana perkataan babi itu lebih mudah orang faham betapa hina makhluknya), pasti akan melenting marah-marah hatta lalu di lorong rakan-rakan Cina menjual babi.Pada hal bukan kena atau tersentuh pun!Tetapi sebaliknya, semakin ramai umat islam yang tak kisah, atau buat-buat tak kisah, bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim walau pun hukumnya tetap sama iaitu haram!

   Contoh yang kelima dan aku rasa masalah ini umpama api dalam sekam.Dilihat tak nampak tetapi membakar dalam diam iaitu suami-suami yang dah berubah menjadi isteri.Dengan kata lain, suami-suami yang hanya tahu membuatkan isteri beranak tapi tak pernah ambil tahu nak menyara anak sedangkan memberi nafkah pada anak-anak dan juga isteri adalah wajib.Gaji kecil bukan alasan untuk melepaskan tanggung jawab.Maka jadilah suami sebagai isteri, isteri sebagai suami.Kan terbalik tu?

   Kesimpulannya, aku rasa umat islam perlu berpegang kembali pada tali Allah iaitu Islam.Islam dah cukup indah dan lengkap dengan adat peraturan hidup.Dengan agama yang kukuh, aku yakin, takkan ada lagi ' benda-benda terbalik' dalam dunia ini.Credit pada En.Ben Ashaari kerana aku mendapat ilham untuk menulis entry ini setelah membaca entry tulisan En.Ben yang bertajuk Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah? Dalam maknanya tu.En.Ben kata dah nikah sebab mereka tak malu berpeluk semasa bergambar!




Katak berpeluk? Comel!



Kucing berpeluk? Comel!



Tak dinafikan, comel sangat!

Petua supaya  tak terasa nak berpeluk sebelum menikah adalah....
-
-
-
... dengan membayangkan...
-
-
-
-
-
-
-


... monyet-monyet ini adalah kita.
Nak ke jadi monyet?


       

Habis hilang selera aku!

   Siapa baca Harian Metro hari ni?Aku baca!.. dan akibatnya aku hilang selera nak sarapan pagi.Menyampah!Meluat!Tak habis-habis kisah anak dara Melayu (nama Huda, Melayulah agaknya kan?) yang tertipu dek Awang Hitam!Aku rasa,tak payahlah mana-mana surat khabar tulis kisah macam ni.Buat sakit hati je.Tulah sebab jarang-jarang aku baca Harian Metro!Baik aku baca New Straits Times!

Friday, December 23, 2011

Cantiknya ekor awak!

    Mula-mula aku pelik!Apalah best sangat bercinta dengan rubah berekor!Tiap-tiap malam lepas makan mesti nak date dengan rubah berekor tu.Jadi suatu malam, aku pun ikut mengendap-ngendap nak dating dengan rubah berekor tu.Fuyoooo!!!Cantiknya ekor dia!Besarnya mata dia!.. dan sejak malam itu, aku pun tengok jugak rubah berekor tu walaupun taklah addicted macam aku tengok Bella si Lola Carrero.Maklumlah, Dae Woong hero rubah berekor tu takdelah macho macam Marcello Machado Bella Calamidades! 

   Sesiapa yang nak berkenalan dengan rubah berekor( eh!Rubah memanglah berekor kan?) yang cantik jelita ni, tempahlah seat pertama depan TV setiap hari Isnin hingga Jumaat 8.30 - 9.30 malam di TV8, Korean drama titled My Girlfriend is a Gumiho.Ssshh!Sekarang ni pun ada seorang budak bertuah sedang duduk tak bergerak-gerak mengadap rubah berekor @ Mi Ho kat rumah aku.Bukan nak tengok sangat si Mi Ho tu tapi sebenarnya nak tengok si Dae Woong!Eleh!tak hensem mana pun!!!Klik kat SINI kalau nak kenal lebih lanjut. ( Sshh!!!Budak bertuah tu bangun jap time iklan sebab nak goreng telur!)



Tengok ekor dia!Fuyooooo!!!!

   

Lee Seung Ki ( Dae Woong )  vs   Sergundo Cernadas ( Marcelo Machado )

   

Pemenang The X Factor America telah diumumkan.

  Bagi peminat-peminat The X Factor Amerika, tentu ada yang tertanya-tanya siapa yang telah menjadi pemenangkan?Channel 5 Singapore tayang result malam ni.TV8 pulak beritahu malam sabtu ni.Tapi aku dah dapat berita sahih bahawa pemenangnya adalah MELANIE AMARO.Bagi aku ketiga-tiga finalist tu hebat.Mula-mula aku letak harapan pada Josh Krajcik sebab suara dia power gila.Kemudian aku tengok Chris Rene pun hebat terutama selepas dia menyanyi ' Where do we go' lagu ciptaan dia sendiri tu.Tapi Melanie Amaro ni pun apa kurangnya.Sekali dia tarik suara, burung terbang pun boleh berlanggar!Jadi, kesimpulannya, siapa pun yang menang, ketiga-tiga peserta ni memang hebat. 




Singer Melanie Amaro, left, and television personality Simon Cowell pose together on the red carpet at The X Factor Finale show in Los Angeles on Thursday, Dec. 22, 2011. Amaro was chosen as the winner for the first season of the show. She will be awarded with a $5 million record deal and a Pepsi ad campaign.(AP Photo/Dan Steinberg)

Melanie dah jadi cantik jelita dah, bersama mentornya Simon Cowell
(Simon ni baik hati rupanya )

Hadiah dimenangi adalah $5 juta US kontrak album dan kempen iklan Pepsi.

Berita lanjut, baca di SINI



Josh Krajcik, yang manis....
Tak menang tak pe, tapi dengan bakat dan aura yang ada,
dia mampu pergi jauh.



Chris Rene yang ..... tak tau nak kata sebab dia ni pun sangat hebat.



Rachel Crow tempat ke 5 tapi berbakat besar budak 13 tahun ni.




Let's have a break!