Sunday, January 15, 2012

Anda Generasi X,Y atau Z?

   Baby Boom?Oooo... ada rupanya generasi Baby Boom.Ingatkan generasi X,Y dan Z je yang wujud.Bagi yang tak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan generasi-generasi tersebut, berikut adalah definisi yang aku kutip daripada ruangan Sesama Kita di akhbar Kosmo hari ini, Ahad, 15 Januari 2012, di mukasurat 10, tulisan Lokman Othman.

1.Generasi Baby Boom
Lahir ketika zaman perang dunia kedua sehingga akhir lewat 50an.Diberikan nama Baby Boom kerana terdapat peningkatan kelahiran bayi di seluruh dunia selepas perang dunia kedua.
Blogger generasi Baby Boom yang aku kenal kalau tak silap Dato' Luahan Fikiran.
Berfikiran matang, bijak bila berkata-kata dan seorang pemerhati yang hebat.

2.Generasi X
Lahir pada tahun 1960an hingga awal 1970an.
Teman-teman blogger generasi X kalau tak silap aku adalah Kak Pah KPoh, Mama Tunz, Abang Gedek dan ramai lagi.

3.Generasi Y
Kumpulan yang kini berumur 16 hingga 35 tahun.
Adik-adik blogger seperti Lyssa,Afzalsukasuki, Belalang, Abang Terror, Ellen,Lydia Miza
(Kalau tak silaplah)

4.Generasi Z
Umur kurang 15 tahun
(Anak-anak murid aku di tingkatan 1 hingga 3, yang manja-manja tu)

   Menurut tulisan Encik Lokman Othman, era sekarang adalah generasi Y, kerana generasi Y sangat mahir dengan gajet-gajet moden dan internet.Kalau nak berhubung tu, di hujung jari je.Berbanding dengan generasi X, yang kononnya bernostalgik berkomunikasi secara surat-menyurat, menonton televisyan atau membaca suratkhabar untuk mendapatkan maklumat.

   Katanya lagi, generasi X percaya mengejar kemajuan adalah sangat penting asalkan seiring dengan nilai-nilai murni yang dijunjung.Namun menurut generasi Y, adalah sebaliknya.Oooo...patutlah anak-anak muda zaman sekarang dah tak hirau sangat pasal adab sopan.Termasuklah mahasiswa yang macam-macam kerenah sekarang ni.Gitu rupanya!Letih kami generasi X membebel, tapi generasi Y buat dekkk je.

   Menariknya kata Encik Lokman Othman lagi, generasi Y berfikiran terbuka dan penuh ciri-ciri kemajuan namun tak bemakna mereka tidak melakukan kesilapan.Maka di sinilah pentingnya generasi X untuk menasihati mereka.Encik Lokman Othman menamatkan tulisannya dengan persoalan; bagaimana dengan generasi Z?Adakah mereka lebih ganas dalam perlakuan dan pemikiran?

   Kesimpulannya, generasi X hendaklah sama-sama berfikiran terbuka seperti generasi Y agar mudah bagi mereka menegur dan membimbing generasi y sekiranya ada kesilapan.Jangan biarkan jurang perbezaan terlalu dalam antara generasi X dan generasi Y.Jika perlu, bina nilai kepercayaan generasi y kepada generasi X.Generasi X juga diharapkan lebih bersedia untuk bergerak seiring dengan generasi Y dalam konteks kemajuan dunia siber tetapi masih dalam batas-batas yang sepatutnya.Sebaliknya, generasi y haruslah bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk dibimbing oleh generasi X agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar norma.Hasilnya, diharapkan kedua-dua generasi X dan Y dapat membantu generasi Z agar tidak terlalu ganas dari segi pemikiran dan kelakuan di samping tetap terus mengekalkan nilai-nilai kemanusiaan.



Generasi Baby Boom
(Bila tengok wajah nenek ni, aku dapat rasa kasih sayang di jiwanya)




Generasi X yang bernostalgik tetapi tetap berilmu seiring generasi Y.
( Wajah Kak Pah yang juga keibuan, penuh kasih sayang )



Contoh generasi Y yang diharapkan ...
sangat bijak dan berilmu namun masih mementingkan nilai-nilai murni
( Pinjam gambar Afzalsukasuki)




Generasi Z?
( Mak aih!Ganasnya!)





Teman seperjuangan aku Cikgu Shida ni generasi mana ye?
Y atau Z?
Ganas tu!

5 comments:

uncle gedek said...

saya Generasi yang hilang...

Unknown said...

he3 .. apix generasi Y .. YES! hahahaha ..

kpah k-poh Sharifahnor said...

kpah dari Generasi X yg mampu berfikiran seperti generasi Y...

cik beLLanan said...

wah. nice info. penah dgr pasal gen x,y,z ni. cuma tataula detailnye

rafina mimi abdullah said...

generasi Y sudah semestinya! heheheh

Post a Comment