Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 28, 2012

Love Request... buat aku sedih pagi-pagi..

   Seminggu cuti ni, macam-macam makanan aku buat dan makan.Buat kek, cream puff, puding dan semalam baru je aku golekkan seekor ayam dalam oven, ayam golek madu.Pagi ni pulak, lepas subuh, masih lagi belum cerah tanah, aku dah pergi membeli kuih.Bukan satu tapi 4 jenis; kuih pau, kuih apam,kuih donat dan kuih epok-epok keledek aka karipap keledek.Dah tu, balik rumah, sambil-sambil mengunyah kuih dan sesekali menelan air milo yang lazat, aku rendam pulak mi siam dan aku buat mi siam @ mi hun goreng.Tambah lagi ayam untuk perencah.Lepas tu bila dah masak, aku dok menyuap mi tu sambil on netbook aku, Cik Lenovo dan on jugak TV ASTRO Beyond aku.

   Tiba-tiba, aku terhenti makan.Seorang budak hitam dari Mozambique sedang menggoreng belalang dan kupu-kupu untuk makan malam.Entah kenapa, aku rasa sedih!Kami hidup di bawah langit yang sama namun kehidupan kami sangat berbeza.Aku makan makanan lazat bukan sekali tapi berkali-kali sedangkan pada waktu yang sama, di suatu sudut dunia, ada insan yang terpaksa berpuas hati dengan hanya makan apa yang ada!Dia manusia dan aku juga manusia namun Allah telah tentukan betapa aku mewah sebenarnya berbanding dia yang tak punya apa-apa....

   ... dan untuk pertama kalinya akuingin mengucapkan terima kasih pada ASTRO atas tayangan Love Request di channel 391, KBS yang telah berjaya membuatkan aku kembali 'terjaga' dari kelapaanku sebagai seorang manusia yang selalu terlebih meminta-minta sedangkan hakikatnya Allah telah berikan aku segala-galanya... Love Request.... telah membuat aku bersedih pagi-pagi hari ni kerana aku seorang hamba Allah yang sering terlupa!




Nelittu..... kalaulah aku dapat membawamu ke Malaysia...
( Credit to Project 195, )

0 comments:

Let's have a break!