Wednesday, January 4, 2012

Tak tau nak tulis tajuk apa... Sayang anda semua!Ok kot?

   Tahun 2012, dah masuk hari ke 4 hari ni.Macam biasa, awal-awal tahun ni, aku memang busy mengalahkan Perdana Menteri. Tipulah.Gurau je  Itulah penyebab aku tak dapat blogging semalam walau pun aku nak sangat blogging.Apa nak buat, jam 12.30 malam, baru aku selesai menulis lesson plan.Hari pertama dah wajib mengajar tau.Kalau tak, makan gaji buta!

  Hari ni, hari pertama persekolahan.Suka aku tengok wajah-wajah ceria anak-anak murid aku.Rasa macam nak peluk sorang-sorang.Rindu!Selain wajah yang ceria, boleh dikatakan sebahagian besar, berbaju baru, berbeg baru, kasut baru... serba serbi baru.Alahai!Bertuahnya mereka dibanding zaman aku dulu!Wangi jangan katalah.Kalah cikgu!

   Tetapi ada berita yang membuatkan aku sedih dan terharu.Seorang anak muridku akan menjalani pembedahan jantung di IJN minggu depan.Tapi, kuatnya semangat anak murid aku tu kerana walau pun dengan wajah pucat, dia datang juga ke sekolah hari ni.Pembedahan minggu depan, entah yang kali ke berapa entah tapi yang pasti bukan kali pertama.Doaku mudah-mudahan, dipermudahkan urusannya dan dia dapat kembali ke sekolah segera.

    Tahun 2012 ini juga, aku ingin memohon jutaan kemaafan buat teman-teman blogger kerana aku belum sempat untuk review blog teman-teman untuk Alexa.Insyaallah, akan aku review segera hujung minggu ni.Maksud aku, hari Sabtu sebelah petang atau malam kerana Sabtu pagi aku harus berada di sekolah untuk Majlis Penutupan Minggu Orientasi tingkatan 1.Maafkan aku sekali lagi ye teman-teman!

   Ah!Aku rasa tak menarik langsung tulisan aku hari ni.Ibarat asam pedas tiada garam.Maafkan aku sekali lagi ye.Maklumlah, sebahagian hatiku di blog dan sebahagian lagi di buku Rekod Mengajarku yang perlu ku sampul.Oh ya!Buat yang bertanya, di mana aku mengajar, jawapannya adalah di Pasir Gudang.Tahun ni semua buku warna ungu.Daerah Pasir Gudang saja atau seluruh Johor tak pasti pulak aku.

   Akhir kata, maaf sekali lagi atas kesibukanku dan terima kasih kerana masih tak jemu-jemu singgah ke duniaku.Buat anak-anak murid ku tersayang, yang sentiasa rajin melawati duniaku, jangan panggil teacher, Teacher Scarlett di sekolah ye!Segan tau! :D Sayang anda semua!!!



Aku sayang padamu... sungguh!!!

3 comments:

aliza said...

maafmu diterima dik..

akak pon sibuk.. brm daerah klang hijau.. almaklum sini kan 'hijau'.. isshhh

akak buat brm time free, akak pulun sbb target nak pulun bw.. x .. nak pulun bayar bil lalu mybank2u petang ni...

k.. slamat mengajar, kalau ada modul komsas tingkatan 4/5 bm,.. pass2 laaa kat akak...

Nur-nba said...

Selamat kembali bertugas.. Memang dah terasa kesibukannya.

EmpayarUtama said...

Selamat kembali mengajar dan selamat bertahun baru :)

Post a Comment