Saturday, February 25, 2012

Nasib seorang blogger

   Kesian dia..
Jam dah pukul 10.35 pagi.
Konon kata nak blogging pagi-pagi.
Almaklumlah, blogger tegar!
Tapi dengan pinggan mangkuk bertimbun yang minta dibelai
kain baju berlonggok minta disidai
Perut menyanyi keroncong minta diisi...
Terpaksalah dia melupakan hasrat blogging.
Buka blog, tengok visitor..
ala.... berapa je baru sudi datang jenguk!
Maka makin susah hatilah dia.
Tapi,
tanggung jawab pada keluarga mesti ditunaikan dulu.
Insyaallah..
kalau ikhlas,
Allah akan permudahkan segala urusan selepas ini sama ada...
 nak blogging ke,
nak menjahit ke,
nak buat beg duit felt ke,
nak itu, nak ini
dan macam-macam lagi.

Yang pasti,
sekarang adalah masa untuk berperang
dengan periuk dan belanga
kerana sebentar lagi,
masa untuk makan tengah hari.

Alamak!!!
Teringin pula nak makan kek untuk minum petang!

Fuhhh!

( 'DIA' di atas adalah aku )




kenapalah kau goda aku lagi???

6 comments:

faa.rosli said...

nk resepi..

Maziahsaroni said...

huhu.. nak buat macam mana.. family first kan.. takpe mesti pembaca blog ni setia la tggu entri baru :)

Telor Power said...

eh kek lapis bukan berbelang dan petak2 ker?

naper kek lapis jadi mcm nie plak..?


ptg jap lagi ramai lah dtg nanti tu?hehehe.

ZWAN SABRI said...

Kesian kat "DIA" kan.. HAHA.. Btw, tanggungjawab kpd kuluarga yg plg utama kan.. :)

Uji Hussein said...

La... telor!tu dari pandangan atas lah!!!Bila dah potong, nampaklah belang dia! :D

zul permatang badak said...

sedap...ya, kek tu.......

Post a Comment