Saturday, March 31, 2012

Keychain felt pulak.

Sambil tunggu order baru dari Kota Tinggi,
aku siapkan dulu keychain di bawah tu.



Keychain Bear bawa beg.
RM4




Keychain love purple ni aku buatkan untuk blogger Dayang Deno.
Niat hati nak beri masa balik terengganu baru-baru ni, tapi Deno takde sebab ke KL.
Takpelah.Aku poskan je nanti.
Yang ni kalau ada nak tempah, RM4 juga.




Samalah juga, RM4.



Keychain ni aku buatkan khas untuk anak buah aku Mahira Fatnin Mohd Za'aid.
Mudah-mudahan dapat menghiburkan hatinya yang kehilangan ibu baru-baru ni.
Kalau ada sesiapa nak tempah pun boleh.
RM4 juga.




Keychain ni nampak pelik sikit.Ada gambar lembu.
RM4 je.



Keychain ni aku buat mengikut kehendak anak murid aku yang menempah.
RM4 juga.



Keychain Ladybird ni ramai pulak yang berkenan.
Sekejap lagi aku nak buat bentuk yang lebih kurang sama tapi sebagai brooch / sepit tudung.
Keychain ni pun RM4.



 Contoh-contoh lain dan harga, boleh rujuk di bawah.


Opps!Untuk cekak rambut aku lupa nak letak link di sidebar.Nantilah bila ada masa aku buat.







Aku dah semak gaji baru online.Bestnya!!!Nak semak tak?

  Ramai pulak yang tanya tentang gaji baru kaki tangan awam.Kalau rajin, sebenarnya banyak entry ditulis oleh blogger-blogger SEO tentang perkara ni.Contohnya blogger handsome si Afzalsukasuki atau blogger mesra dan selalu dekat di hati Mialiana.Kalau tak pun, bolehlah terus ke SINI.Jumlah gaji yang perlu dimasukkan tu, kalau tak silap, gaji pokok.Kalau nak tengok rakaman audio berkaitan, boleh klik ke AUDIO.Pekeliling pun ada kalau nak.Ni untuk PEKELILING. Aku pun dah try kira gaji terkini.Alhamdulillah... bolehlah aku selesaikan beberapa masalah dengan gaji baru tu.Jomlah, apa lagi? Betul tak cara aku tu iaitu letakkan gaji basic di ruangan gaji yang dikehendaki?Kalau silap, beritau ye!

Alolo!Comelnya aku!


Cantik tak doodle tu?Ni Mak Daralah yang buat ni.
Sesiapa berkenan, silalah kidnap doodle ni atau lain-lain doodle comel,
hasil kerajinan tangan dan otak Mak Dara.
Sure Mak Dara suka tau!
Tapi, lepas tu bagilah credit pada Mak Dara ek?
Sayang Mak Dara!




Oleh kerana aku English teacher dan aku obses purple,
aku minta Mak Dara tukarkan 1,2,3 tu kepada perkataan ENGLISH.
Tak sangka, dengan pantasnya Mak Dara respon!
Kagum betul aku.
Aku pun guna untuk header.
Comel sangat!!!


Ni ha!


-
-
-
-
-
-
Scarlett's Petals

Terima kasih Mak Dara sebab sudi layan kerenah aku.

Cinta atau aku yang kura-kura?

    Alamak!Masih terkial-kial nak buat entry dengan wajah baru blogger ni.Tak pe.Pelan-pelan kata oang.Biar lambat asal entry siap.Apa-apa hal pun, masak untuk lunch dulu sambil dengar Sinar FM.Menu lunc? Kerabu perut lembu.Hujan-hujan ni, memasak, blogging, buat kraft felt, buat kerja sekolah, itu le kerja aku sambil-sambil tengok Cinta Kura-kura.Oooo... handsome juga si Aeril Zafrel ni.Patutlah amai anak dara minat!





Agak-agak berbaloi tak aku nak order 7 Petala Cinta dan Bunohan pulak kat Astro First?

Benda baru...Memang rasa pelik!

Gatal pulak tangan gi upgrade blogger.
dah terkial-kial nak biasakan diri.
Harap-harap, aku dapat biasakan diri dengan blogger yang baru ni.

Cara kira jangka hayat kita...

   Aku rasa tentu ada teman-teman blogger yang dah terbaca tentang perkara ni.Mula-mula, aku rasa mengarut je.Maklumlah, ada blogger yang tulis tajuk:Cara nak tahu tarikh kematian kita.Dah macam lain-lain aplikasi di FB pulak!Tapi bila aku dah habiskan beberapa waktu di SINI,barulah aku faham.Rupa-rupanya itu adalah kiraan jangka hayat secara umum mengikut umur, bangsa dan jantina.Saja-saja nak cuba, takde masalah tersilap faham kerana takkan semua rakyat Malaysia mati umur lebih 70 tahun.Entah-entah, esok mati, kita pun tak tahu kerana itu semua adalah rahsia Allah.Wallahualam!



Mati itu pasti.
Jadi siapkanlah diri untuk mati dengan bekalan...

Boleh pun!

Akhirnya setelah hampir 3 jam meneka dalam kesamaran,
kenapa aku tak boleh komen,
AKU DAH BOLEH KOMEN!
Yahuuuu!!!!
Opps!
Alhamdulillah...
-
-
-
-
-
-
-
Bolehlah aku merayap-rayap malam ni!

Friday, March 30, 2012

Kenapa tak boleh komen ni?

Ala.... cobaan betul!
Ibarat lari berganti-ganti....
Dahlah ketinggalan kat belakang!
Baton pulak terjatuh!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
DAHLAH LAMA TAK BLOGGING,
NAK KOMEN PULAK TAK BOLEH!!!
MENATANG NI PULAK MUNCUL!
ANY TIPS NAK BUAT CAMANA???



Nasib baik aku pandai printscreen!!!


Dia pergi juga akhirnya...

    Last up date,hari Sabtu 24 Mac lepas.Entry ringkas curi-curi time online sebab nak jawab soalan berkaitan LDP ( kursus le tu).Niat hati, nak blogging puas-puas untuk naikkan balik Alexa ranking aku tapi apa daya, aku merancang tapi Allah yang menentukan.... 

   Seperti yang aku maklumkan dalam entry terdahulu, aku dalam dilema untuk pulang segera melawat kakak yang sakit tenat di Terengganu.Aku memang plan nak balik hari Selasa, malam tapi dalam jam 10 pagi lagi aku dah terima berita yang kakakku makin tenat.... Aku balik hari Selasa tu juga dan barulah pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi, Jumaat 30 hb aku sampai di rumah, setelah selesai segala urusan pengkebumian.

   Memang aku sedih kerana kehilangan seseorang yang amat aku sayang.Kak Yah seorang yang sangat baik hati dan aku tak pelik sekiranya berduyun-duyun orang ramai datang melawat.Tiada lagi seorang kakak yang sanggup memasakkan aku serunding daging atau nasi dagang tiap kali aku balik ke Terengganu.Sampai saat ini, aku masih terdengar-dengar suaranya... Mudah-mudahan, Allah tempatkan kakakku Allahyarhamah Maziah Ibrahim, di kalangan mereka yang beriman.Al Fatihah!



Niat hati untuk solat di Masjid Kristal dengan Kak Yah, tak kesampaian
tapi aku singgah juga ke sini.

p/s: Aku plan nak jumpa blogger Dayang Deno tapi tak dapat....
Sedihnya!!!

Saturday, March 24, 2012

Masih lagi di LDP

L D P
Betullah...
-
-
-
-
-
-
LAPAR
DAN PENAT!!

LDP : Lapar dan penat?

Esok aku LDP.
LDP tu apa ek?
Anak murid aku tanya.
Kemudian,
dia jawab sendiri..
L = Lapar
D=Dan
P=Penat.

Betul ke?

p/s: LDP = Latihan Dalam Perkhidmatan
ala... macam kursus gitu...

Entry ni scheduled.
Maknanya kalau anda baca antara jam 8 pagi hingga 2 petang,
aku tengah LDP le tu!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
Opps!Tiba-tiba gambar Amy Search yang keluar!
Ada kaitan tak?
Tak kira!
Tak de kaitan pun aku nak letak jugak!


Amy Search lanun!

   Tiba-tiba rasa seronok sampai tak lena aku tidur, terus tak tidur bila aku check FB sesi malam buta, aku nampak post by AMY SEARCH!Fuyooo!Phewitt!! Tiba-tiba dah jadi lanun anak beranak.Lanun versi handsome.Yang pasti 100x lebih handsome dari Johnny Depp tak gosok gigi.Tak caya?Nak tengok gambar?Ok.tak jadi masalah.Sila scroll down....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
Alamak!Silap!
Ni lanun tak gosok gigi!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
-
-
-
-
-


 
Gambar Amy aku pinjam dari Amy tau.
Dah dia share, aku sharelah balik.
Klik SINI.

Friday, March 23, 2012

Terengganu atau Johor?

   Baru je terima berita, kakak di Terengganu sakit tenat.Adik tak cakap'sakit tenat' tapi dengan ayat 'doktor kata, mana-mana waris dekat tu, cepatlah melawat' aku boleh agak kakak aku tenat.Walaupun bukan kakak kandung seibu sebapa, tapi dia seperti kakakku sendiri.Aku nak balik ke Terengganu tetapi ada beberapa perkara yang menghalangku.

   Pertama: Esok ada LDP / Kursus di sekolah.Kehadiran wajib.Tak hadir, rugi satu LDP untuk aku isi di kad rekod biru yang rajin benar cikgu-cikgu di sekolah aku isi walau pun sekolah lain tak kisah pun.Tambah pulak, senior aku minta tolong buatkan blog wajib kerana diarahkan oleh JPN.Bagi aku yang dah jadi blog addict ni, buat blog tu macam makan kacang Ngan Yin je tapi bagi yang tak biasa, mahu biru muka sebab takut, tak tau nak klik apa.

   Kedua : Hatiku masih terluka.Nak kata aku sensitif sangat sampai mudah sangat keluar air mata macam Amira atau Zahira dalam Puteri Yang Ditukar tu, taklah, tapi aku masih terluka.Darahnya masih mengalir.Kakak aku tu memang baik sangat tapi 'seseorang' yang menghalang aku pulang.

   Ketiga : Aku rasa badan terlampau penat.Begitu juga dari segi mental dan emosi.Nasib baik ada blog buruk aku ni.Bolehlah juga aku jumpa kawan-kawan di dunia tanpa bunyi ini.Hilang juga letih dan stress aku.Kalau aku balik, paling kurang 2 atau 3 hari aku tak dapat blogging.Sedangkan ranking alexa aku dah makin teruk.Tak pernah-pernah jejak 4000 hari ni dah jejak.Sedih!Mesti sebab aku tak blogwalking tu!

   Susah-susah sangat, aku ambil flight je boleh kot.Balik Terengganu sekejap dah tu balik Pasir Gudang semula.Tapi masalahnya, aku takut naik flight.Ala.... aku dalam dilema. Teringin pulak nak makan buah delima. Teman-teman, abang kakak, adik-adik... kalian ada cadangan?Aku dah buntu dan otakku dah beku.Migrain pun cepat je nak mengganggu!Adoiii!
-
-
-
-
-
-

 
Cik Penyu, aku nak balik 
tapi aku tak boleh balik...


Thursday, March 22, 2012

Khamis yang spontan

Kenapa aku minat sangat kat Amy Search dari zaman aku budak-budak
sampailah tak berapa nak budak sekarang ni?
Ada sesiapa boleh beri faktor-faktor penyebabnya?
-
-
-
-
-
-
 






Wednesday, March 21, 2012

Bunga felt dan SPM

   Hari ini, tak de apa yang aku buat.Tergolek dari malam semalam, bangun sekejap untuk ke klinik dan ambil mc.Kemudian, tergolek lagi.Pain killer pun dah tak sudi hilangkan migrain aku.Aku dah cuba macam-macam cara tapi makin kerap pula dia datang.Dahlah hari ni keputusan SPM diumumkan dan aku teringin sangat berjumpa dengan anak-anak murid kesayanganku terutama budak-budak band.Tapi, apa bolehku buat.Ini pun seribu rahmat kerana aku boleh bangun walau pun orang lain dah nak masuk tidur!

   Alang-alang aku dah bangun ni, baik aku publish gambar brooch felt yang aku reka tapi belum sempat aku abadikan di blog aku ni.Mudah-mudahan, esok, aku lebih sihat dan boleh menyiapkan beberapa lagi tempahan yang ada.Sambil tu, aku jenguk-jenguk FB dan seperti yang dijangka, banyak status tentang SPM.Aku bersyukur sangat kerana ramai yang berjaya dan ada juga yang mendapat straight A.Oklah...tengok gambar ye!


 

Antara anak muridku yang berjaya cemerlang.
7A2B walau pun tahun lepas, time nak exam masih sibuk lagi dengan band practice.
Teacher angkat topi!
Tahniah ye Yong
Moga dapat segera ke universiti.

Ok.Sekarang aku share brooch felt yang aku sebut tadi.


Biasanya 5 petals, yang ni 6.
-
-
-


Yang ni RM3 tiap satu.Yang biru tu double layer.

-
-
-
-
-
-

Antara yang dah siap dan sedia untuk dihantar
-
-
-
-
-



Yang ni tunggu untuk dipack.

Kalau ada yang sudi nak menempah,
sila ke SINI ye.



Tuesday, March 20, 2012

Alahai SPM!Kau buat aku takut!!!

   Masa ni aku yakin 100%, calon-calon SPM 2011 tentu ketaq lutut tunggu result esok.Betul tak?Kalau tak ketaq, tipulah tu.Aku pun sebenarnya ketaq lutut juga.Bukan sebab aku ni calon SPM macam Ujang padahal dia dah ada anak sorang. Aku takut, aku nervous, aku berpeluh bila fikirkan keputusan SPM tahun depan, result calon-calon SPM 2012.Maksud aku result untuk English paper.Sebabnya, tahun ni aku ajar 3 kelas Ting 5!Alahai...risaunya aku anak-anak murid aku tu tak perform.Takut nanti ada yang kata.... Apa ni?Belajar B.Inggeris dari tadika tapi SPM pun tak pass.Apa cikgu buat?Makan gaji buta!!!Trauma aku tau!

   Balik pada cerita asal, pada anak-anak murid aku yang ambil keputusan esok, good luck ye.Kalau nak semak keputusan dengan sms atau online atau nak tahu butiran lanjut, sila ke SINI.Kalau tak dapat, kejut je Cik Google tidur, minta ajar.Kalau tak dapat juga, susah-susah sangat, datang jelah ke sekolah.Takkan tak rindu pada cikgu-cikgu kot? :D


 
GOOD LUCK QILA AND DIBA.
I REALLY MISS YOU ALL!



Jika aku pelakon popular...

Mak Dara kata tarikh tutup segmen ni, petang...
Sekarang ni baru 6.17 petang.
sempat lagi kan Mak Daraku?

Tak kira!
Nak join juga.

Bicara Mak Dara 

Syarat-syaratnya senang sangat.
1. Letak header Mak Dara.
2.Nama glamour dalam dunia lakonan : Scarlett O'Hara ( Boleh)
3.Genre filem : Romantik( Ala-ala cerita yang kak Ogy berlakon dulu-dulu tu)
4.Watak diidamkan :Heroinlah apa lagi.
5.Hero pilihan : AMY SEARCH. ( Phewiiit!!!)

Eh!Tak malu!Orang tak ajak, dia datang!

Menyibuk betullah!
Orang tak ajak, dia datang jugak!
Aku ketuk kepala baru tau!
Dahlah masa aku nak blogging, masa nak ping ciput je,
dia terhegeh-hegeh pulak datang!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Halau banyak kali...
tapi dia datang lagi.
Tak malu betul!
Geram!Geram!
-
-
-
-
-
-



Tengok?
Dia datang lagi!
NAK PING PUN TAK BOLEH!!!


Kesian Zero terpaksa gadaikan bot.

Muka taklah handsome macam adik-beradik KRU, tapi...
kenapa entah,
aku suka ZERO buat lawak.
Nampak jujur dan so humble.
Lebih-lebih bila nyanyi lagu ni...
-
-
-
-
-
-



Kesian Zero....
nak pergi audition Raja Lawak 6 punya pasal,
terpaksa gadaikan bot dengan harga RM300.
Sedangkan ada antara kita yang senang-senang buang RM300
semata-mata untuk membeli sepasang kasut!

Monday, March 19, 2012

Akhirnya...

Siap juga akhirnya tempahan 20 biji(?) brooch @ keronsang yang ditempah.
Esok, bolehlah aku berikan...
Niat hati nak blogging,
tapi letih yang amat.
Maka esoklah aku blogging ye.
-
-
-
-
-
-


Jangan jemu datang selalu.

Cara timbang berat blog.

Aku tak biasa buat tutorial sebab aku tahu aku bukan pakarnya.
Tapi kalau setakat nak timbang berat blog, senang je.

Tengok gambar yang aku printscreen di bawah tu.

Klik gambar supaya membesar sihat bagai johan bukan zizan.

Taipkan je your domain aka url blog anda.
Contohnya http://scarlettj1.blogspot.com

Dah tu klik pada check.
Tunggu jap.
Bila dah keluar result,
macam nilah rupanya...
-
-
-
-
-
-
-
-

Kata sifu-sifu aku dalam dunia blogging ni,
kalau saiz tu bawah 100, kira blog kita ringanlah tu.
Maknanya, blog aku pun berat!
Huawaaa!!!!
Aku gemuk!!!




Saturday, March 17, 2012

Ala... tinggal sehari....

Cuti tinggal sehari je lagi.
Kerja sekolah ada 20% lagi.
-
-
-
-
-
Jangan putus asa.
Chaiyok!Chaiyok!


(Ingatan juga untuk anak-anak murid aku yang sibuk berFB tu)

BILA NAK BUAT ENTRY SEO NI?

Ala.... aku obese lagi!

Aku memang fobia bab gemuk  ni.
Kalau boleh nak slim sampai bila-bila.
Tapi tengok tu!
Aku dah gemuk!
Bila gemuk, aku berat..
-
-
-
-
-
-
-
...bila berat, lambat loading.
Bila lambat loading, orang tak nak melawat!!!
-
-
-
-
-

Alexa pun dah makin jauh!
Tak boleh jadi ni.
Aku kena main SEO balik!!!

(Klik gambar untuk imej lebih jelas + mabeles)



Hasil tengok Raja Lawak 6.(Siapa kata takde hasil?)

Sambil tengok Raja Lawak 6 malam tadi,
aku sempat buat brooch-brooch ni.
Gelak,gelak juga tapi masa tak baik dibuang sia-sia.
Jemputlah tengok!
-
-
-
-
-
-
-
-
Seronok juga buat benda ni...
-
-
-
-


Ni kira brooch bunga kekwa le ni...

-
-
-
-



Ni pun bunga kekwa juga.
-
-
-
-
-



Ni bunga apa ye?
Emmmm...
Tak kisahlah Labu.
Hentam sajalah.
Janji bunga.
Kalau ada yang nak beli, bunga kekwa tu RM4 dan yang 'hentam sajalah tu RM3.
Jenis kain, biasalah ...felt. 

Untuk tempahan dan contoh, 
sila ke SINI.

Ops!Ops! Nak tambah sikit...
Aku suka Shiro menang Raja Lawak 6.
Bukan sebab dia orang anak Johor,
tapi sebab lawak dia orang malam tadi terutama yang jadi YB tu,
lawak berisi.
Penuh sindiran.

p/s: Tengok tak Cinta Tampal?
Budak Shiro ada dalam tu
Pegang watak penting lagi.