Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, March 21, 2012

Bunga felt dan SPM

   Hari ini, tak de apa yang aku buat.Tergolek dari malam semalam, bangun sekejap untuk ke klinik dan ambil mc.Kemudian, tergolek lagi.Pain killer pun dah tak sudi hilangkan migrain aku.Aku dah cuba macam-macam cara tapi makin kerap pula dia datang.Dahlah hari ni keputusan SPM diumumkan dan aku teringin sangat berjumpa dengan anak-anak murid kesayanganku terutama budak-budak band.Tapi, apa bolehku buat.Ini pun seribu rahmat kerana aku boleh bangun walau pun orang lain dah nak masuk tidur!

   Alang-alang aku dah bangun ni, baik aku publish gambar brooch felt yang aku reka tapi belum sempat aku abadikan di blog aku ni.Mudah-mudahan, esok, aku lebih sihat dan boleh menyiapkan beberapa lagi tempahan yang ada.Sambil tu, aku jenguk-jenguk FB dan seperti yang dijangka, banyak status tentang SPM.Aku bersyukur sangat kerana ramai yang berjaya dan ada juga yang mendapat straight A.Oklah...tengok gambar ye!


 

Antara anak muridku yang berjaya cemerlang.
7A2B walau pun tahun lepas, time nak exam masih sibuk lagi dengan band practice.
Teacher angkat topi!
Tahniah ye Yong
Moga dapat segera ke universiti.

Ok.Sekarang aku share brooch felt yang aku sebut tadi.


Biasanya 5 petals, yang ni 6.
-
-
-


Yang ni RM3 tiap satu.Yang biru tu double layer.

-
-
-
-
-
-

Antara yang dah siap dan sedia untuk dihantar
-
-
-
-
-



Yang ni tunggu untuk dipack.

Kalau ada yang sudi nak menempah,
sila ke SINI ye.



4 comments:

shiema sufian said...

Congrats to your student (:

whitecappuccino said...

congrats! wah! bisnes meletup ni

Karukord Jagau's said...

tahniah kepada yang berjaya :)

Telor Power said...

sejuk hati cikgu mengajar. tak sia2 ada anak didik mcm ni

Let's have a break!