Saturday, March 31, 2012

Cara kira jangka hayat kita...

   Aku rasa tentu ada teman-teman blogger yang dah terbaca tentang perkara ni.Mula-mula, aku rasa mengarut je.Maklumlah, ada blogger yang tulis tajuk:Cara nak tahu tarikh kematian kita.Dah macam lain-lain aplikasi di FB pulak!Tapi bila aku dah habiskan beberapa waktu di SINI,barulah aku faham.Rupa-rupanya itu adalah kiraan jangka hayat secara umum mengikut umur, bangsa dan jantina.Saja-saja nak cuba, takde masalah tersilap faham kerana takkan semua rakyat Malaysia mati umur lebih 70 tahun.Entah-entah, esok mati, kita pun tak tahu kerana itu semua adalah rahsia Allah.Wallahualam!



Mati itu pasti.
Jadi siapkanlah diri untuk mati dengan bekalan...

1 comments:

Mohammed Faizal said...

sekarang ni org lebih takutkan mati sbb trlalu sygkan kehidupan kat dunia ni...
amalann tak cukup

Post a Comment