Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, March 13, 2012

Setelah enam hari...

   Berita kehilangan Dirang minggu lepas, buatkan aku sedih.Walau pun aku orang Johor 100%, aku biasa bergaul dengan orang Bajau di Masai.Jadi, sedikit sebanyak, aku dapat selami budaya mereka.Aku sedar, ramai yang mengutuk ibu Dirang di FB.Sampai hati korang.Kalaulah kita berada di tempatnya, tentu kita pun akan meraung bila dapat tahu anak yang kita sayang hilang dan yang ditemui hanyalah jasadnya yang rentung!

   Hari terakhir aku up date blog adalah rabu dan hari ni dah pun selasa.Dengan kata lain, pengakuan ibu Dirang yang Facebook membuatkan dia leka hingga Dirang hilang, telah menghilangkan mood aku untuk blogging hingga hampir seminggu.Aku tak tau kenapa, tapi rasa sedih tu tak mampu hilang.Jenazah Dirang yang rentung tu pulak, ditemui tak jauh dari kawasan tempat aku tinggal.

   Walaupun kes begini bukanlah berlaku setiap hari, namun sedikit sebanyak, ia menjejaskan nama baik Johor dan juga Malaysia, seolah-olah negara kita bukanlah sebuah negara yang selamat.Apa yang aku paling tak suka, maka banyaklah status di FB yang mengutuk negara sendiri seolah-olah, kita rakyat Malaysia semuanya berhati yahudi.Sedih!

  Apa pun, aku harap, ibu Dirang dan keluarganya, bersabar menerima dugaan Ilahi.Insyaallah, syurga buat Dirang yang memangnya suci bak sehelai kain putih.Buat ibu-ibu yang ada anak seusia Dirang, sentiasalah pantau anak-anak agar kejadian serupa takkan pernah berulang.Kepada mereka yang sibuk mengutuk ibu Dirang, sudah-sudahlah....Takde ibu yang lebih rela kematian anak asalkan sentiasa dapat ber Facebook.



Al Fatihah buat Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang.

4 comments:

Phat said...

Al fatihah untuk arwah

Ms Velentine said...

mak dia org Sabah ek...lah mak dia main FB,,,

shiema sufian said...

Innalillah dn Alfatihah.

Karukord Jagau's said...

Al-fatihah....

Let's have a break!