Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, April 7, 2012

After 7.Siapa pernah dengar?

   Oleh kerana aku dalam mood berkabung sebab Cik Lenovo aku mogok, aku nak cerita kenangan awal-awal 2000 dulu, time aku selalu jugaklah chatting di After 7.Masa tu memang boleh dikatakan tiap-tiap malam aku chat.Kadang-kadang ramai-ramai, kadang-kadang whisper je iaitu antara dua orang chatter je.Time tu juga sambil chatting, boleh sambil dengar lagu.Lagu favourite aku masa tu Wonderful Tonight.Seronok woo!Kata orang, bolehlah buat hilangkan tension!Bila start on je, bunyi time nak connect tu, memang boleh buat chatter yang tegar angau.Maknanya sehari tak chat, rasa macam nak mati gitu.Agaknyalah....Lebih kurang macam blogging juga kot!

   Ada macam-macam nama masa tu     di kalangan chatters.Antara yang aku ingat, Guest-masak, Intercooler, Jake D'Apple, dan macam-macam lagilah.Tak taulah sekarang otai-otai internet ni masih online ke tidak.Maklumlah masa tu aku antara chatter yang muda.Kalau ada yang masih online, dan mungkin telah pun menjadi seorang blogger tentu kenal nickname aku sebab dari dulu sampai sekarang, aku masih lagi guna nama yang sama iaitu Scarlett O'Hara....

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Alamak!Aku google Jake D'Apple, Jake Smith pulak yang keluar!

1 comments:

Ren Din said...

dulu-dulu memang zaman kuat berchatting kan? esp masa belajar... hahaha... bazir masa tu wajib dari buat assignment! =)

Let's have a break!