Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, April 19, 2012

Aku taubat.Dia pun taubat.

   Hari ni, macam biasa, aku ke sekolah dengan doa dan harapan agar mudah bagi anak-anak didikku, menerima pelajaran yang bakal ku ajar.Selain mengajar, aku juga perlu melatih persembahan untuk majlis hari Sabtu ni, majlis untuk menghargai pelajar-pelajar cemerlang SPM tahun lepas.

   Dari sejak mula posting di sekolah rendah lagi, memang 'persembahan'lah AJK yang aku pegang.Mungkin pihak sekolah lihat bakat aku sebagai penghibur kerana masa aku kecik dulu aku pernah berangan nak jadi penyanyi.Sebab masa tu, aku gila betul kat Amy Search.Hahaha!Biasanya persembahan yang aku pilih adalah koir, nyanyian sama ada solo atau duet, choral speaking, jazz chant, dan lain-lain yang ada 'bau-bau' omputih.Tak pernah umur aku melatih nasyid tapi untuk majlis lusa, aku terpaksa melatih nasyid.

  Memang aku rasa agak 'aneh' tapi demi tugas aku on je.Tapi tadi, semasa aku memantau latihan nasyid anak-anak murid aku tu, tiba-tiba, seorang anak murid aku tu tanya;Dia tanya aku dah taubat ke.Aku ingat taubat sebab apa.Rupa-rupanya taubat sebab aku melatih nasyid.Tak sedar pulak aku ada anak murid aku yang perasan.... Aku pun iyekan ajelah dan aku tambah; Awak pun kena taubat.Jangan nak main je sebab SPM dah dekat.Anak murid aku tu senyum macam kerang bsuk je.

   Sambil latih nasyid, aku ajar juga anak-anak murid aku termasuklah yang bertanya pasal taubat tu , Information Transfer Section B, Paper 2.Biasanya 'budak bertuah' tu tak pernah nak serius.Dapat 2/10 markah pun dah cukup baik.Tapi tadi, dia score 10/10!Bila aku tanya, dia kata, dia dah insaf dan nak belajar betul-betul!Serius dia jawab!Tak sangka, aku ingatkan dia main-main je tapi rupa-rupanya, dia bersungguh-sungguh!Dengan kata lain, aku taubat, dia pun taubat.Anda dah taubat?





  

1 comments:

Karukord Jagau's said...

alhamdulillah...insaf betul dia rupenye....

Let's have a break!