Sunday, April 1, 2012

Ala... aku loya!

   Agak tak senonoh sikit perangai aku hari ni.Buang masa depan TV.Mula-mula tengok Nona, lepas tu tengok The Man In The Iron Mask ( sebab minat kat si Leonardo Di Caprio le tu ) kemudian sambung pulak dengan Eat, Pray,Love sebab Julia Robert!Akhirnya menyesal tak sudah sebab aku dah buang masa sia-sia!Semalam aku tengok Bunohan dan 7 Petala Cinta.

   Tapi positifnya, aku dapat bezakan filem-filem hebat  dengan filem-filem nampak hebat yang baru aku tonton.Selain The Man In The Iron Mask dan Eat, Pray , Love yang berjaya buat aku menangis dek terharu bukan sedih, satu lagi filem hebat yang aku beri 10 markah adalah Bunohan.Real punya ganas bunuh orang macam sembelih ayam!Hebat lakonan anak-anak Malaysia.Walau pun suatu masa dulu, aku pernah fobia dengan dialek Kelantan, dan akan mengelak bila dengar dialek Kelantan, tapi Bunohan menyebabkan aku lekat depan TV hingga habis tayangan.

  Begitu juga dengan lakonan hebat dalam The Man In The Iron Mask dan Eat, Pray, Love.Terasa betul-betul aku di Perancis, kemudian mengembara ke New York, Itali,India dan Bali.Lakonan Christine Hakim, pelakon hebat Indonesia dalam Eat, Pray ,Love sebagai Wayan pun hebat walau pun babak dia sikit je.Tiba-tiba, otak jahat aku teringat betapa aku rasa loya masa menonton 7 Petala Cinta.Aku rasa diperbodohkan dek watak Saidatul Nafisa yang alim berpurdah tapi nampak batang hidung, nampak lengan dan kaki dan menangis yang buat aku menyampah semasa Attar 'kena tangkap khalwat' Nasib baik lakonan Aerel Zafril,Diana Amir dan Mardiana sebagai pelacur, hebat.Tak jadilah aku muntah!

  Kesimpulannya: Aku akan menonton filem hebat tak kiralah filem barat atau filem Melayu.Hatta, filem Tamil pun aku tonton jika ia menarik dan tak memperbodohkan penonton.Rating?The Man In The Iron Mask aku beri 9 markah.Eat, Pray,Love 7 markah, Bunohan 10 markah dan 7 Petala Cinta 1.5 markah je.Tapi, ini pendapat aku je tau.Jangan jadi isu pulak ye!



Biasanya orang pakai purdah nampak mata je 
dan tak bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

-
-
-
-

Julia Robert tak cantik mana tapi dia bijak.
Jadi, kebijaksanaan dia tulah yang buatkan dia cantik.

-
-
-
-


Ilham bunuh orang macam sembelih ayam!

-
-
-
-
-
-

Hebat lakonan Leonardo Di Caprio


  

4 comments:

atiqa aris said...

7 petala cinta x best sgt an.hehe

Unknown said...

kak.. sungguh ker drama 7 petala cinta tu pelakon heroinnya mcm tu??

emmmmmm.. malunya

setuju entry kak...
molek kita layan filem yang kualitynya y bagus dr memalukan bangsa sendiri

whitecappuccino said...

The man in the iron mask BEST!!

Unknown said...

betul3 , 7 petala cinta boring , adess , rasa menyesal plak download , buat letih plus buang masa ,

nanti nak try citer bunohan plak ...

Post a Comment