Sunday, May 6, 2012

Kenapa ranking Alexa jatuh?

   Aku masih sedih kerana ranking Alexa aku yang asalnya punyalah cantik iaitu 1212, jatuh kedebum jadi 17k +++ bila aku kurang blogging dek masalah Cik Lenovo aku koma.Untuk menghilangkan kesedihan, aku pun merayau-rayau ke banyak blog.Antaranya KE SINI.Hasilnya, kuranglah sikit darjah kesedihan aku kerana blog aku masih ok menurut  blogger Jamaludin.Ranking aku untuk dunia adalah 607,391 iaitu tak jejak pun 1 juta. (Kalau tak faham, klik ke SINI.

   Kemudian, aku selongkar cara nak tingkatkan ranking Alexa tu.Aku sedut sikit dari blog blogger Jamaludin dan beri perbandingan dengan blog aku.(Sumber di SINI.)

Lepas baca respon aku tu, jomlah kita sama-sama buat apa yang patut.Win-win situation kata orang!

  1. Tingkatkan dan Maintain Traffic/UV blog korang secara konsisten  : Masa Cik Lenovo aku koma, traffic / uv aku memang teruk gila.
  2. Tingkatkan pageviews blog korang dengan cara install LinkWithin ataupun Read More button. : Yang ni aku tau, tapi nape entah.Aku tak suka Read More.
  3. Install Alexa Toolbar dan setkan blog korang sebagai homepage: Memang aku dah instal tapi tak taulah pulak kena setkan blog jadi homepage.Kena buat ni.
  4. Pasangkan Widget Alexa Rank di blog korang: Yang ni dah buat.Tu yang aku rajin skodeng ranking orang tu.
  5. Ajak rakan-rakan anda untuk menginstall Alexa Toolbar:Pernah ajak tapi dah lama dah.Apa lagi?Jomlah instal ramai-ramai! 
  6. Jika bekerja dipejabat atau makmal - Install Alexa Toolbar disemua komputer dan setkan blog anda sebagai homepage: Alamak!!!!Yang ni mustahil sebab aku ni cikgu sekolah!Takkan homepage kat Com Lab nak letak muka aku?Segan le!
  7. Minta rakan untuk me-review dan me-rating profile blog anda di Alexa: Haah ye.Lama tak buat ni.Jemputlah review blog aku!
  8. Tulis article/post berkenaan Alexa:Ni aku biasa juga buat.Tapi tulah.On off.
  9. Buat kategori Alexa di blog dan gunakannya untuk menyimpan semua article mengenai alexa: Ni pun aku nak try.Tambah pulak, ada visitor yang komen, blog aku berterabur.Masalah aku bukan setakat masa, tapi aku ni tak berapa reti.Ada sesiapa nak tolong?

2 comments:

caliph shuriken said...

klau lama x blogging mmg cpat jaa ranking jtuh..

*sy pun mcm x brapa suka set read more tu, huh..

*mmg best pasang alexa toolbar.. singgah jaa mana2 blog, bole tau trus current ranking blog tu ^^

Uji Hussein said...

Seronok juga tengok ranking blog blogger2 lain kan?tambah semangat nak naikkan ranking blog sendiri.

Post a Comment