Saturday, June 9, 2012

Aku tak cukup all out!

   Cuti sekolah telah pun hampir ke penghujungnya.Esok, hari terakhir aku bercuti sebelum bersekolah semula.Bila  fikir tentang sekolah, aku tak dapat lari dari kerisauan yang amat sangat.Entah kenapa, tahun ini aku rasa kurang 'bermati-matian' untuk membantu anak-anak murid aku.Mungkin kerana plan awal aku untuk menyambung master pada bulan Mac yang lalu.Mungkin juga kerana sedikit rasa kecewa kerana aku terpaksa menangguhkan kemasukanku ke UTM ke bulan September nanti.Atau mungkin juga kerana faktor kesihatan.

   Bila fikir tentang SPM dan PMR, aku rasa bukan anak-anak murid aku yang ketar lutut, tapi aku yang mengajar.3 kelas tingkatan 5 dan 2 kelas tingkatan 3 aku rasa agak berat juga.Tapi demi tugas dan tanggung jawab, aku akan cuba sebaik mungkin.Tambahan pula, dengan rasminya aku dilantik sebagai Ketua Panitia B.Inggeris seminggu sebelum cuti yang lalu.Satu tanggung jawab yang teramat besar buat aku yang masih terlalu mentah dalam dunia pendidikan.Aku harap sangat mudah-mudahan, dengan bantuan teman-teman seperjuangan, aku berjaya memikul tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan.

   Untuk mempastikan aku berjaya melaksanakan amanah berkaitan, aku rela mengurangkan masa untuk blogging dalam masa cuti sekolah 2 minggu ini dan di masa-masa akan datang agar dapat aku rencanakan sesuatu demi membantu anak-anak bangsa yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengetahuan.Tapi, mampukah aku?

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-



Kenangan lama bersama rakan seperjuangan.

   

0 comments:

Post a Comment