Saturday, June 9, 2012

Gambar blogger pakai seluar kecik!

   Semasa mengemas kotak-kotak buku lama untuk buat library baru-baru ni, aku terjumpa banyak gambar-gambar lama.Gambar zaman aku baby pun ada.Kalau upload di blog ni, gerenti berebut orang nak tengok!Hahaha!Tapi dalam gambar tu aku cuma pakai seluar kecik je.Malulah nak upload!Karang jadi gambar xxx pulak!

  Selain gambar masa baby tu, banyak juga gambar time sekolah dari sekolah tadika sampailah ke universiti.Jadi, of courselah kenangan lama berputar kembali.Dalam banyak-banyak gambar tu, aku terjumpa sekeping kad hari raya buatan tangan.Aku terima kad raya tu masa aku tingkatan 3.Pengirimnya adalah kawan baik aku iaitu Teo Hui Keng.Dulu masa aku sekolah menengah, ramai kawan baik aku yang berbangsa Cina.Antara yang aku ingat adalah Heng Gee Kiap, Ang Wang Teen ( ni cikgu aku menari caca), Wong Yen Foong, dan ramai lagilah.Lepas tamat tingkatan 5, terus terputus hubungan!Entah kenal aku lagi ke tak!

   Bila gambar-gambar lama tu dah berlambak-lambak, simpan pulak dah bertahun-tahun, album pun dah tak rupa album.Mana yang aku sempat upload, aku simpan di Photobucket.Rasanya, aku kena gi shopping cari album untuk simpan gambar-gambar tu.Banyak kenangan lama tu.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Opps!Gambar ni pinjam dari Azizul Hakim.
Jangan marah!
:D

1 comments:

Mak Lagenda said...

Muahahahaha..pesal part tang tgh tu jd besaoooo???

Post a Comment