Thursday, June 21, 2012

Kerak nasi dan air jarang.

   Walau pun zaman dah makin maju, dan berlambak ubat-ubat moden, ubat secara tradisional masih lagi boleh dicuba.Contohnya, untuk menghilangkan sakit tekak akibat demam dan selsema.Ada beberapa petua yang aku cuba.Untuk sementara waktu, memang kurang sakit tapi bila bangun tidur, tekak sakit semula.

   Petua pertama adalah dengan menggunakan air asam jawa.Ada yang kata campur air asam jawa tu dengan gula batu.Ada juga yang kata, campur dengan garam.Oleh kerana nak baik, aku cuba dua-dua.Ok sekejap tapi bila bangun tidur, sakit semula.

   Petua kedua menggunakan kapur sirih.Caranya sapukan sirih di leher dan dada.Pun sama juga.Baik sikit tapi sakit semula lepas bangun tidur.Tapi batuk, sangat berkurangan.Cuma rasa panas sikit.Mungkin tak sesuai dengan aku.

   Petua ketiga pelik sikit.Tapi dek kerana nak baik, aku trylah juga.Kali ni menggunakan kicap.Tak kiralah band apa.Perahkan air limau dah tu minum.Lemak masin masam.Terasa pedih bila kicap tu lalu di tekak.Baik sekejap tapi sakit tekak datang balik.

    Cara moden sikit dengan menggunakan Fishermen's Friends.Alhamdulillah lega.Tapi kena sentiasa ada dalam mulut.Tak de je mulalah pedih balik tekak aku.Habis 2,3 paket perisa limau mandarin dan halia.Tapi yang tak bestnya, bila dah terlebih makan, jadi c###t-b###t pulak aku.

Yang ni perisa ceri


    Alternatif lain, aku nak cuba petua seorang kenalan di Facebook dari Singapura

Rendam sedikit kerak nasi (klu takde nasi pun blh) semalaman dlm gelas bersama air jarang. Esoknye bila bangun, sebelum cuci mulut, 1st thing u do minum airnye....Insyaallah, ur voice will be back to normal, if not better!! :))


  Sekejap lagi aku cari nasi sejuk sebab kerak memang tak de.Rendam dalam air jarang.Air jarang tu adalah air masak.Orang Johor dan Singapore terutama yang jawa, kata air jarang. 
Mudah-mudahan mujarab ye!



2 comments:

Mak Lagenda said...

Rajinnya cuba petua2 lama..xnak mkn ubat batuk dr klinik/spital yeh??

Moga2 cepat sihat yeh..

Uji Hussein said...

Dah puas dah makan ubat klinik,tak baik jugak.

Post a Comment