Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, June 27, 2012

Tiba-tiba aku rasa sayaaaaaaaaang sangat!

   Semalam aku mc.Maknanya aku langsung tak blogging.Mana-mana entry wordless yang muncul hari ni, semuanya auto publish.Pagi-pagi, lepas punch, aku terus diberi surat untuk hadir mesyuarat Ketua-ketua panitia daerah.Berdebar rasanya kerana baru je sebulan aku jadi ketua panitia dah nak kena hadir meeting.Alamak!!!Dalam hati frust juga sebab untuk aktiviti koko hari ni aku nak ajar anak-anak murid aku step tarian inang.Asyik-asyik zapin je.Boring juga.Tapi, meeting tu lebih penting, maka terpaksalah aku minta guru lain ambil alih tugas memantau anak-anak aku menari.

   Dalam surat, meeting mula jam 2 petang.Oleh kerana aku ni Phileas Fogg versi perempuan, pukul 1.45 aku dah sampai.Orang pertama pula tu!Bilik meeting pun belum buka lagi.Bila dah buka, aku pun masuk.Seorang demi seorang ketua-ketua panitia dari seluruh daerah Pasir Gudang hadir.Tapi aku terkilan juga sebab meeting hanya dimulakan jam 2.40 petang kerana ramai yang hadir lewat!Apa ni teachers?I really don't like it!!!!


   Lepas meeting, aku sempat tengok keadaan anak-anak murid sekolah tu di  luar pagar sekolah .Boleh tahan daring!Contohnya guna handphone selamba je!Duduk lelaki perempuan rapat-rapat, memekak dengan naik motor main-main, naik motor bertiga tanpa topi keledar dah tu ulang-ulang lalu depan sekolah 3,4 kali dan yang paling aku pelik sebab cikgu sekolah tu tak kisah adalah... pelajar merokok selamba je!!!!Pak guard pun aku tengok tumpang seronok makan asap!!!Kalau di sekolah aku, biar pun ada anak-anak murid aku yang nakal, tapi taklah sampai ke tahap tu.Anak-anak murid aku masih hormatkan cikgu-cikgu tak kira cikgu senior atau junior.Bila fikirkan semula, aku bersyukur sangat mendapat anak-anak murid sebai anak-anak murid aku!Tiba-tiba, aku rasa sayaaaaang sangat dengan anak-anak murid aku.




Tengok? Manja tak mereka?

1 comments:

Cikgu Fikri said...

Akak cikgu di smk pg 1 ker? fiq dulu smk pg3..huhu :)

Let's have a break!