Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, July 18, 2012

Bubur sum sum.Cara nak buat...

   Dalam beberapa hari lagi, Ramadan akan menjelma.Bila sebut bulan puasa,mesti aku teringat kenangan zaman kecik.Terutama sekali tentang makanan.Mak aku dulu suka sangat  buat bubur sum-sum.Tapi aku tak berapa suka bubur sum-sum.Kenapa entah.Tapi, bila dah tak berapa nak kecik ni, teringin pulak nak makan bubur sum-sum.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Ini resipi daripada Ana

Bahan2
1 ½ cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [½ biji kelapa] (len kali buat nak tambah ½ cawan lagi sebab aku suka lembut sket)
½ s/k garam

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan (aku guna whisker) dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok.
3. Kacaukan adunan sebentar di atas api sederhana sehingga nampak likat.
4. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
5. Kukuskan selama 5 minit.
6. Tutup api dan sejukkan. 


AIR GULA MERAH
Bahan2
1 cawan gula merah (ku guna gula kabong seketul besar)
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.

4 comments:

ZWAN SABRI said...

Siap ada resipi.. bagus2.. ;)

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu Scarlett,
ni menu kegemaran arwah bapak akak. Al-Fatihah utk dia. Menu ni sesuai utk org yg takde gigi dan kekanak kan. Bau pandan yg wangi...

sudipVSsenduk said...

bubur som-som merupakan makanan terakhir arwah mak akak request sebelum dia meninggal... Alhamdulillah dapat tunaikan hajat arwah dan setiap kali nampak bubur ni serta merta hati jadi sayu...

jemarisuri said...

bubur sum2...maybe js panggil nama lain kot...hehe

Let's have a break!