Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, July 8, 2012

Cantiknya Ella jadi pengantin.

   Sesi merayap di blog-blog pagi ni, dimeriahkan dengan gambar dan berita pernikahan Ratu Rock Ella dan pasangannya Azhar Ghazali.Pilihan Ella bukan calang-calang iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly.Walau pun Ella telah pun berusia 46 tahun tetapi pasangannya baru 30an, kedua-duanya nampak bagai pinang dibelah dua.Ibarat kata orang, umur setakat nombor.Bab ni aku salute pada Ella sebab tak sorok umur pun.Bukan macam setengah-setengah orang tu!




   Majlis pernikahan Ella telah disempurnakan  jam 10.30 malam Sabtu lepas, di rumah Ella, di Teluk Gadung,Selangor dengan mas kahwin RM50,300.Dengan sekali lafaz dan berwalikan abang sulung Ella Mohd Noor Rizam Aminuddin, Ella telah dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharudin Abu Bakar.Ella dan Azhar sempat bertunang sebelum pernikahan.Dengan kehadiran kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri dari keluarga kedua pihak dan media, pihak Ella menyediakan 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang.




   Pakaian pernikahan Ella dan Azhar direka oleh Saiful Bahrim.Majlis persandingan pula dijangkakan akan diadakan pada 1 Disember depan, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, (PICC).Difahamkan Ella dan Azhar telah berkenalan selama 9 tahun sebelum hubungan mereka serius sejak 3 tahun yang lepas.Mudah-mudahan Ella dan Azhar bahagia hingga ke akhir hayat!







3 comments:

the malay male said...

seri pengantin

maszull said...

assalamualaikum scarlett...tahniah buat Ella n suami...:)

aniqbukhary said...

Semoga kekal hingga ke akhir hayat,, tahniah Ella..

Let's have a break!