Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, July 1, 2012

Gam makan jari.

   Sedang aku asyik tunggu gam dari glue gun aku menitik untuk tampal mata itik di beg duit felt yang ditempah, tiba-tiba, setitik besar gam tu jatuh atas jari telunjuk tangan kiri aku!Panik punya pasal, aku pun cepat-cepat 'sapu' gam tu.Ingatkan bolehlah tanggal tanpa masalah!Tau-tau dengan kulit jari telunjuk aku sekali tertanggal!Sakitnya yang amat sangat!Nasib baiklah ada minyak gamat dan aku pun sapu cepat-cepat!Tapi, alhamdulillah, hari ni siap lagi 9 tempahan.Ada 3 tempahan beg duit lagi dan 2 tempahan keychain.Harap-harap, esok siap dan dapat aku poskan.Juga keychain dan kek yang aku buat untuk Deno yang dah 2 bulan tertangguh! Oh ya!Satu lagi perlu aku siapkan iaitu untuk hantaran adik aku si AFJ Toyek tersayang yang akan bertunang pada 14 Julai ni.Doakan aku sihat ye!

-
-
-
-
-
Inilah antara beg yang berjaya aku siapkan!








Masa nak tampal mata itik nilah, kulit jari aku tertanggal!
Aduh!Sakitnya!!!





4 comments:

Siti Fatimah Fuzz said...

cik siti pernah pegang glue gun sekali ja dalam hidup ni....heheh...tp berani main.....nanti merana.....huhu

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Scarlett,
mesti power sungguh gam tu. Btw, cantik2 beg tu!

deno said...

erk sakitnya... hati2 kak :)

keli menari said...

Alamak.Memang sakit.Selalu kena.Huhu

Let's have a break!