Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, August 6, 2012

Arwah dah tak de...

   Selalunya, bila dah hampir hari raya, aku akan kirimkan kad hari raya sebagai pengganti diri buat kakak birasku, Kak Yah.Walau pun kad aku tu jarang berbalas, aku tak kisah sebab aku faham cara hidup kakak aku di Terengganu tu yang agak lain dari kebiasaan aku di Johor, berbalas-balas ucapan hari raya.Walau pun Kak Yah hanya seorang biras, aku anggap dia sebagai kakakku sendiri.

   Seminggu sebelum berpuasa, aku dah pun beli 2,3 keping kad hari raya.Entah kenapa, terlintas di hati aku untuk mengirim sekeping buat Kak Yah.Kenyataannya, Kak Yah telah pun pergi menyahut panggilan ilahi pada bulan Mac lalu.Aku tahu Kak Yah dah tiada tapi aku selalu terasa seolah-olah dia masih ada.Bukan aku tak menerima pemergiannya, tapi entahlah.... Aku selalu sangat terasa kehadirannya.

   Selalunya, bila aku balik ke Terengganu, Kak Yahlah yang sibuk melayan aku.Kak Yah memasak masakan yang enak-enak seperti serunding daging dan gulai udang galah.Hari raya juga mengingatkan aku kepada tapai pulut daun getah Kak Yah.Sedih sangat rasanya.Hanya doa dan Fatihah mampu aku kirimkan buat Kak Yah.Semoga Allah  sentiasa memberkatinya di alam sama. Aminnn... Terima kasih Kak Yah kerana pernah hadir dalam hidupku.
-
-
-
-
-
-
-
   
Photobucket

Kak Yah bertudung telekung putih belakang tudung biru.
Kenangan di rumah Kak Yah, di Terengganu beberapa tahun lepas.

Al Fatihah juga buat Cik, yang berselendang putih sebelah Kak Yah.
Cik satu-satunya yang panggil aku Dee.

0 comments:

Let's have a break!