Saturday, August 4, 2012

Bazar atau bazir?

   Esok dah hari ke berapa kita berpuasa ye?16 kan?Agak-agak, dah berapa kali kita ke bazar ramadan?Sekali pergi, berapa ringgit kita belanja?Cuba kita try kira.Ok.Katalah ikut menu kegemaran keluarga aku.

Sup kambing + gear box = RM6
Kuih Puteri Salji = RM3
Bubur nasi = RM3x2
Putu mayam = RM3.50
Kuih akok = RM2
Magelek = RM2
Rojak mamak = RM4
Nasi ayam = RM4
Air teh laici = RM2
Air katira = RM2
Air mangga = RM2
Kuih pulut inti = RM1
Kuih tako = RM1
Kuih tat apa entah inti anggur  RM3
Jumlah =RM41.50

Mak aihhh!!!!
Kalau tiap-tiap hari belanja macam ni,
tokeh bazar pun tak tahan!



Inilah antara kuih kegemaran keluarga aku.
Kuih yang makin buruk makin sedap iaitu kuih akok, kuih pulut inti, kuih Puteri Salji, kuih tat bertatah anggur dan kuih tako.

Jadi, kesimpulannya,
beringatlah time berbelanja.
Jangan ikut nafsu.
Beli ala kadar je.
Yang penting,
niat kita nak berbuka,
tak terlencong.
Bak kata kartun di Utusan Malaysia dua, tiga hari lepas,
BAZAR ATAU BAZIR.

2 comments:

dya nasir said...

mcm membazir je..huhuhu..bila xhabis buang dlm tong sampah.

Anonymous said...

huhu sbb tu kena limitkan bwk duit g bazar rm5 je :)

Post a Comment