Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, August 27, 2012

Marhaban; adat, budaya atau agama

   Malam ni, giliran rumah-rumah di lorong aku pulak terima kunjungan marhaban.Kalau tak de apa-apa aral jam 8.30 malam ni, sampailah rombongan marhaban tu ke rumah aku.Seronok sebenarnya ikut sama marhaban ni tapi atas kekangan tertentu, tak dapatlah aku join cuma dapat terima je.

   Di kampung aku yang tak serupa kampung ni, dah lama marhaban dibuat tiap kali hari raya.Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara jiran sekampung, dapat juga menghidupkan lagi suasana berhari raya.Tapi, aku pelik sebab ada suara-suara sumbang yang kata marhaban ni cuma buang masa.Bukan suruhan agama pun.

   Pada aku yang ilmu tak tinggi ni, biar pun tak wajib, marhabanlah salah satu cara yang membolehkan jiran sekampung saling mengunjungi.Maklumlah, kalau nak harap pergi ke setiap rumah, alamat sebulan hari raya pun tak cukup.Selain mengeratkan silaturrahim, time marhaban ni lah, kita boleh bersedekah pada budak-budak yang ikut.Kalau ikhlas, insya allah, ada ganjarannya.

   Jadi, kesimpulannya, aku suka tiap-tiap kali hari raya, ada marhaban. Selain dapat makan kuih, dapat juga cuci mata tengok rumah jiran-jiran yang 'aduhai' cantik dan mewah.Lambang kemewahan dan kesenangan rakyat Malaysia.Tak gitu?

-
-
-
-
-
-
-
-

Lebih kurang macam nilah majlis marhaban tu.
Gambar ni hak milik Sg Nibong

4 comments:

caliph shuriken said...

klau perkara yg elok better proceed ^^

jemarisuri said...

x pernah plak alami..maybe tmpt lain ..lain caranya kot...^^

Kancil 8349 said...

jika ia satu kebaikan...mengapa ndak buat

afzalsukasuki said...

apsal la marhaban geng2 macik2 je yg datang?kalau ada awek2 datang marhaban kan msyuk..baru saya bersemangat nak marhaban sama hahaha

Let's have a break!