Friday, August 31, 2012

Resipi Panna Cotta

   Selepas puas makan homemade pavlova, rasanya teringin pulak nak makan panna cotta atau 'cooked cream' sejenis dessert yang sangat sesuai sebagai pencuci mulut.Asyik makan kuih kole kacang atau kuih koci untuk pencuci mulut pun jemu juga kan?




panna cotta

Resipinya macam ni...

1 bungkus ( 7 gram ) serbuk gelatin tanpa perasa
1/4 cawan ( 60 ml) susu sejuk ( susu sejat )
2 1/4 cawan ( 540 ml ) krim putar ( aku pilih non dairy sebab aku tak suka susu)
1/2 cawan ( 60 gram ) gula ising
1/2 sudu teh esen vanila.
Buah-buahan atau coklat untuk tambah sedap dan cantik.

Caranya:

1. Sediakan satu mangkuk
2.Renjiskan serbuk gelatin pada susu sejuk.
3.Biarkan 5 - 10 minit.Campuran tu akan jadi lembut dan seolah-olah macam span.
4.Sementara tu, campurkan krim putar dan gula dalam periuk kecil atau saucepan pun boleh.
5.Didihkan sekejap dan jangan lupa kacau rata supaya gula larut.
6.Bila telah cukup panas, tuangkan pada campuran gelatin dan susu sejuk tadi.
7.Gaul rata hingga gelatin betul-betul larut.
8.Kalau gelatin tak cukup larut, panaskan sikit atas api sambil dikacau rata.
9.Kemudian, masukkan esen vanila dan kacau lagi.
10.Bila dah sebati, tuang dalam mangkuk dessert atau apa-apa bekas yang sesuai.Cawan aiskrim pun boleh.
11.Sejukkan sampai betul-betul sejuk dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
12.Kalau nak sediakan sehari atau dua sebelum dihidangkan pun boleh.
13.Untuk lebih sedap dan cantik, taburlah apa-apa buah yang sesuai asal bukan buah hati sudah le.

SELAMAT MENCUBA!

Jom tengok Joy of baking buat.



Panna Cotta Tested Recipe & Video



p/s : Jangan lupa cari bahan-bahan yang halal.

2 comments:

Everything's Everythings said...

Ak tgk pun xpernah lagi, apatah lagi nk buatnya hahah
nmpk mcm xsusah je nk buat ni.. (selalunya ak tertipu bila buat)

Uji Hussein said...

Mmg tak susahlah.Sedap pulak tu.Sejuuuuk je lalu tekak.

Post a Comment