Sunday, August 5, 2012

RM8 juta menanti Chong Wei

   Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa bagai tercabut jantung semasa menyaksikan perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei dan Chen Long tempoh hari.Suspense je takut kalah.Tapi, bila dah menang, makin bertambah debaran kerana Datuk Lee Chong Wei akan berdepan dengan 'teman tapi musuhnya', Lin Dan.Kalau tak silap, mengikut rekod, Lin Dan pernah menewaskan Datuk Lee Chong Wei sebanyak 20 kali tetapi Datuk Lee Chong Wei hanya berjaya menundukkan Lin Dan sebanyak 9 kali.Namun ini bukan penentu siapa jaguh, siapa yang patut 'patuh'.Maklumlah kata orang bola itu bulat bulu tangkis, jadi siapa yang lebih bijak itulah yang mampu muncul juara.

    Kalau aku jadi Datuk Lee Chong Wei, aku sanggup berjuang hingga ke titisan keringat terakhir semata-mata untuk mendapatkan pingat emas emas tulen ke tak ye untuk negara tercinta.Tambahan pula pelbagai ganjaran menanti Datuk Lee Chong Wei sekiranya pingat emas itu berjaya dituai.Antara ganjaran yang terbaca adalah seperti berikut :

1.   RM1 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan ( Shakam) yang diberikan kepada setiap pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

2. RM1 juta oleh Syarikat Perabot 3V Holdings ( Tak pasti tunai atau berbentuk perabot.Logiknya tunailah kan?)

3.   RM2 juta berbentuk jongkong emas oleh Kelab Raket Kuala Lumpur ( KLRC)  dan elaun RM5,000 sebulan sepanjang hayat.

4.   RM4 juta ( RM2 juta tunai dan RM2 juta jongkong emas ) oleh Kerajaan Malaysia.

JUMLAH : RM8 juta tidak termasuk elaun bulanan RM5,000 sepanjang hayat.

   Justeru, aku berharap agar Datuk Lee Chong Wei dapat terus fokus dan mempamerkan aksi terbaik bagi menjatuhkan Lin Dan.Diharapkan agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam merealisasikan impian negara.Tiada yang mustahil jadi Datuk Lee Chong Wei PASTI boleh!!!

Maklumat lanjut, tanya KOSMO dan Assoyfinger67



Credit to : tokobakso

3 comments:

Uji Hussein said...

Aikkk?Mana pulak button Share FB aku menghilang?Ke London tengok Chong Wei ke?

Ayuni Yusop said...

Aihh,kayalah ching wei lepas ni.lol

Ety said...

Kak sorry tak reply semalam, internet down la kak.

macam dah takde je cross tu. akak dah buang eh ?

Post a Comment