Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, August 27, 2012

Tapai pulut hari raya

   Kalau di Johor, tapai pulut tak de nilai time raya.Tapi, kalau di Terengganu, memang laku.Terutama tapai pulut yang dibungkus menggunakan daun getah.Jadi, untuk melayan selera time raya yang tiba-tiba teringin nak makan tapai pulut, aku pun buatlah berapa kilo entah.Muat dua kukus jadi banyak juga tu.Tahun lepas aku try buat tapi tak jadi.Mungkin sebab ragi tak berapa ok atau aku yang tak berapa pandai.Jadi kali ni, aku buat dengan penuh kasih sayang, dengan harapan tapai pulut yang aku buat manis, semanis si tukang buat! 

    Pagi raya kedua, aku kukus pulut tu.Oleh kerana sibuk beraya dan melayan tetamu, malam baru aku bubuh ragi.Lepas tu, aku letak je dalam 3 bekas dengan diameter 1 kaki tiap satu.Teringin nak bungkus dengan daun getah, tapi walau pun tempat aku tinggal ni namanya kampung, bayang pokok getah pun tak de.Lepas tu mak kata kena bungkus dengan kain.Aku pun bungkus dengan dua helai kain batik.Agaknya supaya panas kot dan cepat sikit jadi tapai tu.

    Hari raya ke 4, molek je tapai yang aku buat tu.Fuh!!!Manis gila kata orang.Bak kata Ajis dalam Seniman Bujang Lapok, Sukses!Cukup sukses!!!( Ala... babak dia masak ayam yang masin terlampau tu!)Macam tulah aku rasa.Ayah pun kata tapai tu cukup sedap.Hehehe!Ada bakul tak? Maknanya, petua aku buat tapai dengan kasih sayang tu, oklah kan???????  :D





3 comments:

mamavogue said...

Wahh..! hebat la tu kalau dah ade yg puji sedap :)
Tapai pulut ni desert wajib tiap2 tahun raya di umah mertua tau!
Cuma mamavogue je tak mkn sangat..hihi.

Telor Power said...

tapai pulut mmg best berbanding tapai ubi


(sebab tekak aku lebih gemar tapai pulut sebab tu komen begitu)

hazlin nazri said...

arwah ibu mertua suka buat tapai pulut. tapi saya suka tapai ubi..

Let's have a break!