Thursday, October 25, 2012

Berkorban atau terkorban?

   Aidiladha bukan setakat untuk berkorban dengan menyembelih lembu dan sebagainya.Tetapi Aidiladha adalah untuk blogger-blogger tegar berkorban untuk tidak mengadap laptop 24 jam.Bagi yang perempuan, berkorban untuk tinggalkan laptop bagi tugas maak-memasak dan yang sekerja dengannya.Bagi yang lelaki pulak, berkorban dengan membantu orang perempuan menyediakan apa saja yang perlu sama ada di dapur atau sebagainya.Tak boleh main perintah je bang!

  Satu lagi bab berkorban yang mungkin orang tak tau adalah... berkorban utnuk menyiapkan segala mak nenek kerja bertimbun bergunung berkoyan-koyan yang perlu disiapkan kerana 2012 telah hampir sampai ke penghujungnya.Bukan setakat orang opis je tapi termasuklah mereka yang bergelar cikgu.Raya memanglah raya, tapi kertas final exam nak kena semak, markah nak kena keyin, PBS nak kena settle, post-mortem nak kena buat, plan strategik nak kena hantar, dokumentasi nak kena siapkan, kertas Gerak gempur nak kena semak, laporan program Pasca PMR nak kena email, kelas tambahan intensif untuk SPM nak kena ajar dan LDP aka Kursus nak kena hadir!Aduhai!Tak bernafas kami dibuatnya!Tapi fikir positif jelah dan yang klise... Berkorban untuk anak bangsa.Ikhlas?Tepuk dada tanya selera.Nasib baik ada blog untuk hilangkan stress!



5 SPT yang selalu buat aku rindu nak ke sekolah.




Banyak sangat program ,aku dah tak ingat ni program apa.

0 comments:

Post a Comment