Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, October 8, 2012

Boleh tak agaknya?

   Dunia pendidikan 15 tahun dulu dan sekarang sangat jauh bezanya.Ibaratnya begini: 15 tahun dulu kita santai-santai je.Cuma fikir mengajar dan mengajar.Paling teruk pun, melatih budak-budak untuk apa-apa pertandingan.Tapi, dunia guru sekarang ni, mengajar tu dah jadi macam tugas kedua.tak habis-habis dengan macam-macam aktiviti.Nak buat aktiviti atau program, kena buat kertas kerja.Bab kertas kerja ni yang aku menyampah!Apa taknya, bila buat kertas kerja, masa nak blogging pun kena kurangkan.  Kalau dulu, seronok sangat nak ke sekolah.Ibarat seronok nak jumpa kekasih.Tapi sekarang, bercinta aku nak ke sekolah.Kalau dah sampai ke sekolah, jangan harap aku dapat duduk diam.Naik tangga, turun tangga.Kejar itu, kejar ini.Aduhai!!!Bukan nak complain cuma nak mengadu sikit je.Kesian aku pada kawan-kawan terutama kakak-kakak senior.Rasa-rasanya, cukup 45 tahun aku nak bersara awal.Boleh tak?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kalau tak kerana budak-budak ni, dah lama aku resign.
Baik aku jadi blogger sepenuh masa.

3 comments:

Sue PeLik said...

seronoka kan jadi cekgu! huhuhu best2 :)

wachak said...

budak2 sekarang pun perangainyer udah jauh beza dengan bebudak dulu. Banyak bersabor ya cikgu uji :)

Anonymous said...

Magnificent! (As usual. :-P )

Let's have a break!