Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, October 31, 2012

Entry curi lagi

   Sunyinya sekolah hari ni.Pelajar Tingkatan 3 telah pun dicutikan.Pelajar Tingkatan 5 pun ada yang dicutikan.Yang tinggal dan wajib hadir selain 3 kelas tingkatan 5 adalah semua kelas tingkatan 4.Jika hari-hari biasa, adalah juga terdengar suara anak-anak aku bergurau berteriak, bila dah ramai yang dicutikan ni, rasa sunyi yang amat sangat!Rindulah pulak pada anak-anak aku terutama yang tingkatan 3 tu.Alahai.....Tu yang aku curi up date blog tu! Sebab aku dah rasa nak termuntah dari pukul 7.30 pagi tadi sampai pukul 1 tengah hari ni, aku langsung tak berhenti buat kerja!nak makan pun tak sempat! Ini pun aku up date sebab dah tamat sesi persekolahan sesi pagi dan anak-anak aku pun dah balik.Jadi, sementara nak tunggu masa cikgu balik jam 2.30, aku curi-curi le up date.Nak buat kerja terus karang, ada aku termuntah kang sebab mabuk dengan macam-macam dokumen yang perlu dibereskan.

   Tapi, aku salute pada seorang guru di sekolah aku ni.Walau pun kerja berlambak lana  ( Bukan Lana Nordin ye), cikgu ni tetap sudi mengajar beberapa pelajar tingkatan 5 yang sepatutnya bercuti, tapi punyalah rajin hadir ke sekolah sebab nak mintak cikgu ajar!Cikgu ni pulak aku tengok dari pagi tadi lagi tak berhenti-henti mengajar!Tabik spring betul!Jadi sebagai penghargaan buat cikgu aku tu, aku upload gambar dia sedang asyik mengajar hinggakan makan pun tak sempat!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah cikgu yang aku maksudkan.

-
-
-
-
-
-
-

Cikgu nilah yang aku harapkan supaya dapat membantu aku 
memperkasakan Panitia BI dan
menjadi KP setahun dua lagi.


   

0 comments:

Let's have a break!