Friday, October 26, 2012

Impostora... Bakit?

   Fulamak!Aku berbahasa tagalog hari ni.Biar le anak-anak murid aku gila KPOP.Tak pe.Aku gila Philippines.Jangan salah anggap.Aku suka cerita tagalog bukan sebab heronya yang kacak semata tetapi kerana aku berkenan sangat dengan bahasa dia yang aku rasa cukup unik.Banyak juga yang sama dengan bahasa Melayu.Tu yang unik.Ditambah pulak dengan ceritanya yang mantap.Cerita Melayu bukan tak mantap tapi ada sikit-sikit unsur ketirisan yang menyebabkan minat aku mengalir keluar.

   Berbalik pada bahasa, aku dah pun mintak tolong pada anak murid aku Izza Assuncion, anak Filipina, yang akan balik ke sana bulan November ni.Aku mintak tolong dia carikan kamus bahasa tagalog untuk aku.Lepas tu bolehlah aku belajar bahasa tagalog betul-betul.Berwawasan tak aku? Hehehe!Sementara itu, aku teruskan minat menonton telenovela dari Filipina dan yang terkini adalah Impostora di Astro Bella.Jom menonton dengan aku!



Si kembar siam Lara dan Sara.
Rupa lain-lain?Itulah sebab kena menonton sendiri.


Watak Nicolas ni aku rasa macam PK HEM sekolah aku je, En Ali.
Sorry En.Ali!

Oklah.Maraming salamat po!

0 comments:

Post a Comment