Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 7, 2012

Nak ambik anak angkat.Boleh tak?

   Tiba-tiba ada orang nak beri anak untuk dibuat anak angkat.Rasa macam nak tapi bukan senang jaga anak angkat.Komitmen kena tinggi.Makan minum kena jaga.Kesihatan, kebajikan dan sebagainya pun perlu sentiasa dipantau.Tak boleh buat sambil lewa.Kalau buat lebih kurang je nanti aku akan dipertanggungjawabkan di akhirat.Aku tak pasti sama ada 'budak' tu anak yatim atau tidak.Jantinanya pulak belum diberitahu.Bagi aku, soal jantina ni aku tak kisah asalkan jantina yang normal.Nak ke tak nak ye?Ada sesiapa boleh tolong fikirkan?Ni ada contoh gambar 'budak tu'
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Inilah budak yang aku maksudkan.
American Short Hair Kitten.
Sesuai tak aku bela?
(Gambar aku pinjam dari Google)

2 comments:

Lady Ija said...

Zaman bujang dulu pantang org offer kucing..mesti sanggup punye.. tapi sekarang lepas beranak pinak ni..tak sangup nak membela...huhuhu

Mrs JemariSuri@mama QiSha said...

tidak syak lagi...hihi.
wat mai sini sekor..^^

Let's have a break!