Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 6, 2012

Raja Ema ke tu?


   Kenal tak si cantik dengan Amy Search tu?Kalau orang lama mesti kenal kan?Aku pernah jadi peminat Raja Ema sebab suara dia yang alahai dan rambut dia yang lebat panjang mengurai.Lepas Raja Ema kahwin dengan penyanyi Sheqal, terus tak tau apa jadi pada dia.Ada la dengar konon Raja Ema bermasalah dengan arwah ibunya , Yusni Jaafar tapi aku taklah percaya bulat-bulat.Salah faham je tu.Air dicincang takkan putus.

   Pagi ni, aku terjumpa gambar Raja Ema yang terkini.Cantik tapi aku lebih suka Raja Ema yang dulu sebab Raja Ema yang dulu kecantikannya sangat natural dan penuh sifat-sifat kemelayuan dan kewanitaan.Tu belum dengar suara dia lagi tu.Kalau tak percaya, try search filem-filem lakonan Raja Ema.Ala-ala perempuan Melayu terakhir sampaikan masa aku muda-muda dulu aku pun teringin nak jadi macam Raja Ema.

  Aku teringin baca Nona yang ada cerita terkini Raja Ema ni tapi Apek suratkhabar tak sampai-sampai lagi.Biasanya awal.Bangun lewat ke?terpaksalah aku teruskan blogging dulu.Ops!Ops!Apek dah sampai.Jap ye. .....................................................................................
Eh!Nona bulan 11 belum ada lagi lah.Alamak!Takpelah, aku share je lah gambar terkini Raja Ema tu.Cuba tengok.Apa pendapat anda?



Oh Sayang
Engkaulah jejaka idaman....
(Lagu popular Raja Ema dulu-dulu)

3 comments:

#ciksuzlin said...

macam lain sikit muka dia kak. tp stay cun.

NadiRah said...

cun...!

cik chinta said...

makin tua mmg org pompuan makin cantik ek?

Let's have a break!