Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 27, 2012

Resipi bubur candil

   Tiba-tiba teringin nak makan bubur candil. Terus sediakan bahan-bahannya dan buat.
-
-
-
-
-
-
-
Bahan-bahannya mudah je.

1 kg tepung pulut
( letak garam sikit dan adun dengan air.Agak-agak ok, gentel bulat-bulat)

Kelapa parut sebiji ( Ambil santan pekatnya)

3 helai daun pandan ( ikat simpul)

2 ketul gula melaka


Cara-caranya:

1. Jerang 1/4 periuk air.

2.Bila air dah mendidih, masukkan tepung yang dah digentel.

3.Bila tepung dah timbul, masukkan gula dan pandan.

4.Biar sampai gula larut.

5.Bila gula dah larut, masukkan santan pekat dan sedikit garam.

6.Biar mendidih tapi jaga jangan sampai santan berketul.

Dah pun siap.



Rupa tepung yang sedang digentel

-
-
-
-


Bubur candil yang dah siap.
Makan sikit je sebab jaga badan.
Jom makan!

4 comments:

the malay male said...

cendol lagi sedap dari bubur candil... ehh

cci said...

wah... bestnya.. nk sikit..

zan said...

pasti sedap,.huu2x
x pernah rasa bubur candil..

Scarlett O'Hara said...

Cendol pun sedap.Cendol kat coolblog pun sedap.

Let's have a break!