Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, October 28, 2012

Resipi daging goreng blogging

  Taulah sekarang ni di mana-mana menu utama adalah daging.Kalau tak sup, kari.Kalau tak kari, kurma dan macam-macam lagilah.Tapi ada satu resipi istimewa yang aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!Bukan semata-mata resipi ni mudah tapi yang paling penting, cepat dan senang sangat nak sediakan.Ibarat kata, sambil masak pun boleh blogging sebab tu aku namakan dia daging goreng blogging.Nak try tak?

Bahan-bahan wajib

 Sekilo daging batang pinang ( potong kiub kecik-kecik)

2 biji bawang besar jenis yang merah ( Bawang yang hijau / kuning tu tak sedap)
Hiris macam biasa

5 biji cili hijau belah 2 dan buang biji
( Kalau kuat pedas, ganti dengan cili padi ikut suka)

8 ulas bawang putih
( Ketuk atau tumbuk tapi tak payah terlampau lumat)

2 sudu makan minyak masak

Sedikit air, garam, aji no.

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak dalam kuali.

2.Bila dah cukup panas, masukkan bawang besar dan bawang putih.

3.Jangan tunggu garing tapi masukkan terus daging yang telah dibasuh dan ditos.
Masukkan garam dan aji no.

4.Tutup kuali.

5.Guna api sederhana dan masak hingga daging, bawang garing.
(Walau pun minyak masak guna sikit je, daging dan bawang akan garing dengan minyak yang keluar dari daging tu sendiri)

6.Bila dah cukup kering dan garing, masukkan lada.Biar sekejap dan bolehlah diangkat.

Bagi yang suka ada kuah,letak sikit je air dan biar mendidih.
Resipi ni tak sedap kalau kuah banyak sangat.


Inilah hasilnya.
Selamat mencuba!

2 comments:

luqman zakaria said...

huarghhh! sodapnye! teringin nak makan daging la..first time raya haji x merasa makan daging sampai pengsan!lol

cik wawa said...

YUM YUMMM ! sedapnyaaa . nak try lah

Let's have a break!