Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, October 24, 2012

Resipi Tomyam kuah putih

   Lepas seminggu asyik makan bubur je, teringin pulak rasanya nak makan tomyam kuah putih.Beli kat kedai tak sedap + mahal.Jadi, baik le aku masak sendiri.Nak join masak?Jom!

Bahan-bahannya senang je....


   Sediakan limau nipis, bawang putih,daun limau purut,serai, bawang besar dan tomato.Bawang besar tu dipotong macam biasa.Ketuk-ketukkan bawang putih dan serai.Daun limau purut disiat-siat dan tomato dipotong baji.Limau nipis tu golek-golekkan bagi lembut kulit dia supaya bila dibelah dua dan diperah, banyak sikit jus yang keluar.Petua ni!


Opps!Udang jangan lupa!Udang ni kata budak kat kedai tu, udang harimau.
Ye ke tak entah.Asalkan udang, kira ok le tu.
Udang ni wajib kena gunting misai dia bagi handsome.

   Bahan-bahan lain macam biasalah, air, garam dan ajino.Dan sedikit gula.Sedikit je tau kalau tak dah jadi pengat pulak!Cara membuatnya, panaskan sesudu minyak masak dan bila cukup panas, tumiskan bawang putih.Tak payah tunggu garing sangat.Bila dah wangi sikit je, campakkan le serai dan bawang merah.Campakkan juga udang dan tomato.Kemudian masukkan jus limau nipis dan daun limau purut.Jangan lupa letak sikit garam, ajino dan gula.Biar mendidih sekejap je dan bolehlah diangkat.Bagi aku yang tak berapa reti memasak ni, kalau masak seafood, jangan terlampau masak sangat sebab 'manisnya' dah hilang.Resipi ni mudah je kan dan sihat sebab tak guna banyak sangat minyak.Kalau suka letak le cili kecik bagi pedas.Aku tak suka cili jadi tomyam ni langsung tak pedas.Selain udang, boleh juga diganti dengan sotong atau lain-lain seafood.Selamat mencuba!


Petua nak bagi sedap, 
mesti hidang dalam bekas cantik.
Slurrrpp!!!!
Hirup kuah dulu!





3 comments:

luqman zakaria said...

kalaudah pandai masak nih..susah lah nanti...takut ari2 makan tom yam,..acano tuh!

faa.rosli said...

letak cili padi mesti lagi umpph ni! sedap sedap..

farisya said...

hmm...macam menarik gak nih wat menu berbuka ;-)

Let's have a break!