Friday, October 12, 2012

Scarlett cuba kristiankan orang?

   Aku baru je update status di FB ( sesuatu yang amat jarang aku lakukan ) .Aku tulis, Feeling bored?Let's listen to Starry Night 861.Awesome....Tak sampai sepuluh minit, aku terima komen di blog kata aku macam-macam!Sedih tau!Aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa dapat menghiburkan hati je.Janganlah kata aku nak promote agama Kristian semata-mata kerana Starry Night tu radio berbahasa Inggeris.Dari zaman Tok Kaduk lagi aku suka dengar Golden Oldies lagu Inggeris tapi tak bermakna aku ni Kristian.Tu cuma sekadar minat je.Sama juga dengan minat aku pada lagu-lagu nasyid ketuhanan.Ada masa, aku dengar juga lagu nasyid.

   Janganlah dok kutuk aku jadi tali barut paderi.Sedih tau!Walau pun aku 'Scarlett O'Hara', itu sekadar nama aku di dunia maya.Sejak zaman chat 10 tahun dulu lagi aku dah guna nama Scarlett O'Hara.Takkan aku nak beritahu satu dunia nama aku yang sebenar.Profesion perguruan tak sama dengan dunia blogger.Blog aku pun bukan semata-mata tentang dunia pendidikan.Tak pernah sekali pun terlintas di hati untuk mempengaruhi anak-anak murid aku supaya menjadi lebih orang putih dari orang putih.Memanglah bila nampak je muka aku, anak-anak murid aku tu start speaking tapi fikirlah positifnya iaitu membina keyakinan mereka berbahasa Inggeris.Bukan maksud aku mengkristiankan mereka.Nauzubillah....

   Kalau aku dikatakan cuba jadi Kristian semata-mata kerana aku minat dengar Starry Night, apa nak dilabel pada mereka yang gila KPop?Mereka cuba nak jadi orang Korea ke?Pleaselah...Janganlah ekstrem sangat.Aku cuma share status di FB secara spontan je.Tak de kena mengena dengan agenda aku nak menarik anak-anak murid aku agar lupakan bangsa dan agama.Aku belum hilang akal lagi tau!Memang betul , kenapa aku tak share status pasal perkara lain.Kan aku kata, aku share status tu secara spontan.tak de niat terlindung langsung!

   Tentang kecenderungan aku berbahasa Inggeris dengan anak-anak murid aku, takkanlah tak nampak rasionalnya?Dah nama aku ni English teacher. Mestilah aku kena tunjuk yang aku pun boleh dan yakin berbahasa Inggeris.Bukan aku nak berlagak.Dah itu kerja aku!Aduh!!!Kalau aku tak sayang bahasa aku sendiri, tak delah aku share lagu-lagu klasik Melayu zaman Tok kaduk di blog aku ni.Aku sayang bahasa dan bangsa aku tapi aku kena kejar juga ilmu dunia iaitu Bahasa Inggeris!Kesimpulannya: Tak pernah sekali pun aku terlintas nak tarik anak-anak murid aku jadi kristian!

Scarlett O'Hara

Gambar ni ada sentimental value jadi rasanya tak salah aku guna.
Itu bukan aku dan bukan aurat aku.
Dosa juga tak?

   Tapi, aku nak ucapkan terima kasih pada Cik Anon atas komen yang pedas tu.Maaflah sebab aku tak boleh nak publish komen tu kerana sebab-sebab tertentu.hatiku terguris tau!Sob!Sob!Sob! Terima kasih jugalah kerana kalau tak aku tak tahu bahawa kuat juga pengaruh aku di FB dan blog ni pada 'mereka yang entah siapa Cik Anon maksudkan' dan anak-anak murid aku.

3 comments:

Anonymous said...

Hahaha..
orang zaman sekang memang macam ni teacher..

sikit2 kristian. sikit2 yahudi.
itu kafir, ini israel.

biarkanla diorg begitu, selagi kita tahu siapa diri kita sendiri.

GematriA pun pernah kena mcm ni. tapi buat bodo je. lama2 diorg penat, pandai2 la diorg senyap.

cikeyrah said...

biasalah manusia mcm2 ragam . .

Sheherazade said...

sabar ye

Post a Comment