Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 6, 2012

Selamat menghadapi PMR

   Selamat bertemu kembali di dunia blogging.Malam ni malam minggu dan sepatutnya malam minggu aku boleh burn the midnight oil.Tapi, malam ni aku terpaksa tidur awal.Bukan kerana aku tak de mood nak blogging tetapi kerana esok aku ada kelas.Ye,memang betul.Esok hari Ahad.Tapi hidup sebagai guru, hari Ahad bukan bermakna hari untuk rehat.Mulai Jumaat, adalah dalam 80 orang calon PMR sekolah aku yang berkampung di sekolah.Semata-mata untuk persediaan terakhir PMR.Biasanya kalau aktiviti macam ni didominasi oleh kelas-kelas depan.Namun, untuk kali ini 100 peratus pelajar kelas-kelas hujung.Walau pun kami tak letak target untuk mencapai kecemerlangan, sekurang-kurangnya mereka boleh lulus.Itulah hadiah buat kami para guru.

   Tamat PMR, kena tumpu pada calon SPM pulak.Kena all out kata orang.Tahun ni aku mengajar dua-dua form maknanya  aku tak rehat sampai hujung tahun.Tapi tak pe.Demi anak bangsa, aku ikhlas.Mudah-mudahan, di masa hadapan, mereka lebih berjaya dariku.Insyaallah.... Kepada teman-teman seperjuangan, tahniah kerana telah memberikan komitmen 100% buat anak-anak kesayangan kita.Buat anak-anak yang bakal berperang, jangan gentar dalam meneruskan perjuangan.Gunakan semua senjata yang telah kami, 'ibu dan ayah' ajarkan.Insyaallah.....



Terima kasih Datuk atas sokongan.




Go!Go! Amree!



Gapailah impian kalian...




Anda pasti boleh!




Walau pun tak cukup meja, anak-anakku tetap berusaha.




You can do it, Navi!


Berjuang hingga ke detik terakhir.


SELAMAT BERJUANG BUAT 440 ORANG ANAK-ANAKKU CALON PMR 2012
DAN JUGA 
BUAT SEMUA CALON PMR SELURUH NEGARA.
SEMOGA KEJAYAAN MENJADI HAK MILIK ANDA.

2 comments:

caliph shuriken said...

gambatte ne semua calon PMR ^^

TiranaAduka said...

sronok ta tgok photo bebudak tu

Let's have a break!