Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, November 10, 2012

Catnapper or ular sawa?

   Hujan-hujan macam hari ni, aku percaya tentu ramai yang lena dibuai mimpi atau bahasa kasarnya membuta!Seronok kan tidur time hujan?Tapi, kalau dah membuta je 24 jam, seronok juga ke?Habis zohor, asar dan silap-silap maghrib dilanggarnya.Mak ayah nak tegur, takut anak-anak kecik hati.Time cuti, relexlah...  Kalau anak aku, aku jirus air sebaldi.Baru padan muka!Anak dara zaman sekarang ni, bangun pagi pun liat.

   Kalau ayam tengok, ayam pun geleng kepala.Apa taknya, ayam dah mandi dah.Dah pakai bedak wangi-wangi tapi ada anak dara yang masih berselubung dalam selimut!Tak senonoh betul.Cuba ikut contoh mak-mak dara.Bangun pagi terus mandi.Pakai cantik-cantik.Pakai wangi-wangi.Sikat rambut elok-elok.Pakai bedak.Kalau nak, pakai lipstik.Lepas tu barulah mula kemas rumah.Ayam tengok pun senyum.Ini tidak.Dahlah bangun lewat, pastu membuta balik!

   satu lagi,tidur siang ni bukan tak boleh.Boleh, tapi 'tidur kucing' je atau kata orang putih 'catnap'.Bukan kidnap ye. Jadi, cukuplah tidur sekejap 10,20 minit.Kalau dah 10, 20 jam tu bukan catnap namanya tapi dah jadi ular sawa!Patut tangkap lapah kulitnya buat beg!Tu pun kalau ada sesiap nak beli sebab kulit tu mesti tak cantik sebab kulit orang malas tak kena cahaya matahari.



Tidur kejap je tau.
Catnapping...


Gambar ular sawa malas, malas nak letak.

0 comments:

Let's have a break!