Friday, November 9, 2012

Cikgu tua telinga dah pekak...

   Sampailah hati... Ada ke patut kata macam tu.Aku ni, nak kira tua tidak, muda pun tidak.Tapi, aku rasa kecik hati juga dengan komen seorang guru muda fresh dari oven dan mungkin bujang trang tang tang.Ada ke patut dia kata cikgu-cikgu tua dan separuh tua macam aku ni ada masalah pendengaran aka pekak!Sebab tu ada antara kami yang 'gagal' ujian Cambridge Proficiency Test, test mengarut entah apa yang wajib diambil bulan Julai hari tu.

   Frankly speaking, aku rasa test tu langsung tak melambangkan tahap kemahiran Bahasa Inggeris seseorang guru Bahasa Inggeris terutama guru-guru yang kurang mahir IT.Aku percaya, peratus guru yang mahir IT sangat tinggi terutama sekali guru Bahasa Inggeris tetapi kita kita ingat, ramai guru Bahasa Inggeris yang dah senior dan hampir pencen.Jadi, tak mustahil dengan 'tulisan kecik' soalan dan tahap 'kelajuan'internet yang ala-ala kura-kura semput, dan mata guru-guru senior yang dah tak berapa terang, ada antara mereka yang tersilap key in time jawab soalan cara online tu.Tambah pulak, time tu, aku percaya ramai yang tergesa-gesa nak siapkan sebab time mengajar dan sebagainya.

   Tapi, tolonglah jangan kata cikgu-cikgu senior tu pekak sebab tu silap jawab soalan listening.Kalau pekak, maknanya mereka pun butalah sebab tak boleh nak jawab soalan tu dengan betul?Pleaselah.... janganlah berlagak dengan ilmu yang baru setahun jagung.Hormatlah kakak-kakak dan abang-abang senior ( atau boleh dipanggil uncle atau auntie) yang punya bermacam pengalaman dalam dunia pendidikan.Kesimpulannya: Jangan sesekali kita membuat andaian tanpa bukti dan usul periksa.Jangan juga menyakitkan hati sesiapa pun terutama mereka yang lebih senior.Berfikir dulu sebelum bercakap.Jangan sesekali berfikir gunakan kepala lutut tapi gunakan otak.

   Akhir sekali, pada aku yang separa senior dengan 17 tahun pengalaman mengajar Bahasa Inggeris ni, aku rasa CPT @ Cambridge Proficiency Test hari tu tak valid langsung!Kalau betul nak ukur tahap kemahiran kami, berilah kami test ala-ala MUET ke.Cuba tengok, guru senior atau guru junior yang pekak dan buta.

-
-
-
-
-
-
-
-
Kucing Google yang buta.
Gambar cikgu tua pekak takde ye.
Sorry!

0 comments:

Post a Comment