Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, November 28, 2012

Harimau dah bangun ke?

   Kalau tak silap, hari ni Harimau kita akan menentang Laos.Harap-harap harimau kita lebih bersedia dan akan berjuang mati-matian.Takdelah kita diperlekehkan.Apa tah lagi kalau yang perlekehkan tu mat-mat bangla jaga pam minyak atau budak-budak indon di kedai runcit.Sakit hati aku dengar.

   Soal siapa main malam ni tak timbul.Yang penting, kita mesti menang.Bab bolasepak ni aku takdelah tau sangat tapi bab nama baik negara tu yang menyebabkan aku pun tumpang tengok mana-mana perlawanan yang ada Harimau Malaya.Sambil-sambil tu, bolehlah aku buat entry SEO kan.Sambil menyelam minum air kata orang.

  Cuma aku harap, kalau Harimau Malaya patah gigi lagi malam ni, janganlah sampai mana-mana Ultras Malaya bagi sebijik kat dahi mana-mana pemain.Kalah atau menang, kita mesti jaga nama baik negara.Takut-takut nanti, jadi modal pihak ketiga pulak untuk dipolitikkan.Kalau kalah lagi, boleh je nak kepung bas Harimau Malaya tu tapi ' kepung dengan sopan'.Hahaha....

   
Harap-harap malam ni, Harimau Malaya tak takut nak mengaum.

0 comments:

Let's have a break!