Thursday, November 1, 2012

Khamis yang spontan...

Ya Allah ya Tuhanku...
Kau berikanlah kejayaan buat semua anakku calon SPM 2012.
Kau bukakanlah hati dan minda mereka
agar dapat menjawab semua soalan dengan baik.

Kau berikanlah kejayaan buat mereka.

Kau ampunkanlah segala dosa mereka 
agar mereka tenang menghadapi peperiksaan
demi masa depan.

Kau kurniakanlah kesihatan yang baik
agar dapat mereka berjuang demi sebuah kejayaan...

Kau hilangkanlah kebimbangan di hati kami para guru
agar dapat kami tetapkan hati berdoa untuk kejayaan 
anak-anak kami tersayang.

Kau peliharakanlah sekolah kami dari segala fitnah,
masalah dan apa juga tohmahan
kerana
hanya Kaulah yang maha mengetahui
betapa kami para guru
telah memberikan 
'setahun yang penuh dengan pengorbanan',
keringat dan airmata,
demi sebuah kejayaan.

Semoga akan Kau buka pintu kejayaan buat kami,
para guru dan anak-anakku.








Anak-anakku...

PLEASE DO YOUR BEST FOR SPM.



6 comments:

Cik Puan iLa said...

InsyaAllah..semoga berjaya semuanya..Amin

Unknown said...

Doa dari kak zan...semoga anak didik Teacher SO berjya mendapat keputusan cemerlang...

Gadis Kampung said...

good luck candidateS SPM 2012..

Dayang Deno said...

good luck utk semua student spm :)

Izwa Kamaruddin said...

amin ~

Anonymous said...

semoga ank didik berjaya dlm exam nti...insyaallah..

Post a Comment