Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, November 6, 2012

Lebih dari dapat BE

   Betullah kata orang, We get what we give.Itulah apa yang aku rasa sekarang.Syukur alhamdulillah... kerana paper English hari ni sangat baik dengan aku.Seolah-olah tak sia-sia peluh dan tenaga aku mengalir untuk menyiapkan diri anak-anakku calon SPM untuk berperang.Untu Kertas 1, soalan pertama, aku dah standby 4 contoh format yang anak-anak SPM aku mesti mahir iaitu report, article, formal letter dan informal letter.Dan alhamdulillah... yang keluar adalah informal letter dengan vocab yang cukup simple.Untuk soalan kedua pulak, aku target 'money' dan ada soalan yang keluar berkaitan 'money' iaitu saving money.Satu lagi, aku letak tajuk-tajuk yang berkaitan dengan 'school' contohnya disciplline dan cleanliness.Dan yang keluar 'cleanliness'.Alhamdulillah....

   Untuk Kertas 2 pulak, soalan summary keluar bentuk lebih kurang sama dengan contoh-contoh yang aku beri.Untuk poem, aku ramalkan 'Nature' dan alhamdulillah.... memang 'Nature' yang keluar.Cuma soalan The Curse lari sikit.Aku agak theme atau moral value tapi yang keluar event.Tak sangka pulak sebab 2011 pun kalau tak silap lebih kurang pasal event.2010 pulak baru je keluar 'informal letter' dan tahun ni keluar lagi.Tapi, kesimpulannya, aku rasa puas hati dan yakin anak-anak SPM aku boleh jawab.Cuma terpulang pada rezeki dan takdirNya.Apa yang aku harapkan adalah, keputusan sebenar untuk kertas English nanti, lebih baik dari keputusan trial iaitu 80%.Insyaallah..... :D

-
-
-
-
-

Bakal calon SPM 2013


Anak-anak SPM 5 SC 2 aku.


Yang ni anak-anak SPM 5 SPT.
Aku pernah mengamuk sekali je dengan budak-budak kelas ni sebab delay buat homework.
Tapi lepas tu, alhamdulillah...
Moga-moga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Yang paling depan tu, pemain bolasepak hebat.


Yang paling kiri, muka Chinese look tu anak bujang penyanyi Rahmat Mega
 yang pernah aku gila-gilakan dulu. 
Gilakan suara dia yang super merdu tu.


Ini pun anak-anak SPM aku juga.

Anak-anak SPM 5 Sc 2 aku...
Mudah-mudahan, di mana pun mereka berada,
mereka takkan lupa pada aku...

Kesimpulannya:
Alhamdulillah... kerana rasanya ada peluang untuk anak-anak SPM mendapat keputusan cemerlang.
Bagi aku,
aku rasa happy seolah-olah..
LEBIH HAPPY DARI DAPAT BE @ BUFFERED EARNING

3 comments:

luqman zakaria said...

wah...best la dorang paper english tuh..harap2 semua dapat score...amin

steffany daph said...

wah, the feeling memang umphhh la ! kalo tgk students yg diajar cemerlang smua kan. oh, that so gud .. ramalan kebanyakannya tepat (: english teacher ke ni?

krole said...

moga mereka berjaya...wak~le r krole mnta ajar english ni kan?

Let's have a break!