Tuesday, December 11, 2012

Bila masa yang paling sesuai untuk update blog?

  Oho!Ada soalan lagi tentang blogging iaitu bilakah masa yang paling sesuai untuk update blog.Jawapan aku, terpulang pada diri masing-masing. Bila-bila pun boleh asalkan tidak mengganggu tanggung jawab dan rutin harian anda.Kalau aku, time paling seronok untuk update blog adalah selepas jam 9 malam.Bukan apa, time tu yang aku lapang sikit jadi bolehlah update blog.Memanglah kadang-kadang nampak macam update sejam 4 kali dari subuh sampai ke tengah malam tapi takleh aku dok mengadap Cik Lenovo aku ni 24 jam.Boleh buat cara scheduled post tu.


   Kalau hari cuti, bila dah siap semua kerja rumah, bolehlah update blog.On kan laptop sambil-sambil memasak ke buat benda yang lain.Tapi, kalau sambil Facebooking, alamat tak siaplah entry.Maklumlah, kadang-kadang banyak juga yang menarik di FB tu untuk dibaca.Pendek kata, bukan kuantiti masa untuk update blog itu yang penting tetapi yang paling utama adalah kualiti masa tu.Kalau setakat ada 1/2 jam dan dalam 1/2 jam tu boleh update 8-10 entry, apa salahnya?Tak guna ada 12 jam tapi bila start nak buat entry terkebil-kebil, terkial-kial macam cicak tertelan lalat saiz besar punya.Betul tak?

   Tentang bakat, aku tak pastilah pulak nak jadi blogger kena ada bakat.Ops!Mungkin betul nak jadi blogger kena ada bakat.Barulah orang seronok nak datang selalu.Siapa-siapa pun boleh jadi blogger tapi kalau entry tiap-tiap kali cuma ciplak, copy paste entry orang atau berita mana-mana tanpa langsung pengubah suaian,baik tak payah jadi blogger.Jadi, betullah nak update blog ni juga perlukan bakat.Setuju?

 Kesimpulannya, apa-apa pun pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri.Setiap dari kita ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.Jadi kalau betul berminat nak jadi blogger,nak update blog hari-hari, carilah kekuatan diri kita masing-masing dan optimumkan kegunaannya.Tentang kelemahan, perlahan-lahan cubalah kurangkan atau buang terus kelemahan diri kita dengan mendengar nasihat mereka yang lebih paka dan sedia untuk menerima kritikan.Bukan blogger terkenal je kena kritik.Blogger anchovy macam aku pun selalu juga kena kritik.Tapi kita fikir positiflah.Ok?SELAMAT MAJU JAYA


Relax!Nak update blog tak boleh tension.

3 comments:

Mia Liana said...

bagus ni.. tapi mia suka update belah pagi. kalau rajin, belah petang atau malam pun ada juga..

Windflower said...

betul2.. setuju !
kalau saya, saya suka update entry pagi2.. sebab time tu semua orang tak bgun lagi.. :)

HaFizaH aYu said...

Ermm skali hadap fb mmg btngguh nk updte blog

Post a Comment