Sunday, December 9, 2012

Kenapa lawan gajah rasa tak semangat?

   Rasa tak semangat je tengok Ghimau lawan Gajah malam ni.Kenapa ye?Masa lawan garuda hari tu, bukan main bersemangat.Sampai hilang suara terjerit-jerit.Jiran-jiran sebelah rumah pun riuh bagi sokongan kalah orang di stadium. Tapi, bila lawan gajah, hampeh, hambar, tawar.Bukan salah Harimau Malaya sebab dia orang dah main cukup baik.Kenapa ye?
   
   Oooo... rupanya sebab gajah tak pernah sakitkan hati kita.Jangankan nak memijak, sentuh dengan belalai dia pun tak pernah.Tapi garuda?Bukan setakat sekali malah berkali-kali.Sampaikan istilah 'saudara serumpun' tu pun aku dah menyampah dengar.Pantang ada isu sikit mulalah nak salahkan kita, kan.Kita curi itu, kita curi ini dan macam-macam lagi.Sedangkan antara kita dan dia tu dah memang asal satu keluarga.Mestilah banyak benda yang kita kongsi bersama.Malaysia jadi Malingsia.Sakit hati kan?Bendera kita dibakar, kedutaan kita dibaling t**k.Dan 1001 lagi perangai orang mental kelas ke 3 yang kita terpaksa hadapi.Sakit tapi kita telan juga atas nama 'saudara serumpun'.Memang tak semua tapi bak kata orang kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

  Jadi, sebenarnya, perlawanan bola sepak antara kita dan garuda, tak kiralah yang dah lepas atau di masa akan datang, lebih kepada perjuangan menjaga maruah bangsa dan negara.Sebab tulah semangat melawan tu lain sikit.Tapi bila lawan gajah ni, ala.... menang ke kalah kita ok je.Yang penting Harimau Malaya tunjukkan permainan terbaik.Macam tadi.
Setuju tak?


Gambar Google
Harimau handsome


Gambar Google
 Gajah gagah



Gambar Google

Garuda?

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

um
orang indon ramai mental kelas ke tiga mungkin.

game dah okey.
tapi semangat melawan takda mana kan teacher.

Unknown said...

btl tu... kita ni terlalu menjaga hati org lain... tp, org tu tak menjaga hati kita... tp, ramai jgk org mereka kat sini... nak cari rezeki... tp, kita jgk dia musuhkan...

Post a Comment