Friday, December 14, 2012

Pesanan sempena keputusan PMR 19 Disember 2012

   Sebagaimana yang telah dimaklumkan di TV, radio dan akhbar, keputusan PMR 2012 akan diumumkan pada hari Rabu, 19 Disember 2012.Calon-calon sekolah macam biasa, akan dimaklumkan sewalnya pada jam 10 pagi.Jadi, silalah datang ke sekolah ye anak-anak.Tetapi sebelum tu, teacher nak pesan, datang nanti, pakai uniform lengkap ye.Jangan lupa jaga disiplin, jaga budi bahasa dan bersabar menunggu pengumuman dan giliran masing-masing untuk mengambil keputusan.

   Bila dah tau keputusannya tu, kalau memuaskan, jangan lupa bersyukur ye.Tapi kalau tak memuaskan, janganlah berputus asa.Cuba lagi untuk SPM.Sebagai guru, kami telah cuba buat yang terbaik untuk membantu anak-anak semua.Bukan anak-anak je yang risau, sejuk-sejuk tangan with lots of butterflies in the stomach, teacher lagilah takuttttt!!!!Kalau tak ok, mesti kesalahan tu akan diletakkan pada kami para guru.Tapi, kalau cemerlang, guru tusyen yang dapat nama.Opps!Melalut pulak.Oklah.Salam buat emak ayah dan senyum selalu.



1 comments:

aliza said...

Yupp.. guru terlebih seriau kerana postmortem kalau jatuh, cikgu ler salah...
Tp akak lg seriau tunggu tesult spm.. lulus ke anak2 ku.. 62 org tuh..

Post a Comment