Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 8, 2012

Petua hilangkan minyak di pinggan mangkuk kotor

   Petua seterusnya sangat sesuai untuk ibu-ibu di dapur.Juga sesuai untuk anak-anak dara yang dipaksa( dilatih sebenarnya tu) oleh emak-emak untuk mencuci pinggan mangkuk yang beminyak.Minyak ni mungkin disebabkan oleh lemak daging atau kesan mentega atau majerin.Contohnya lepas makan sup atau buat kek.Terkial-kila nak bagi hilang minyak tu kan?

   Jadi, silalah ikut petua ini.Jangan malu-malu.Mula-mula, buanglah apa-apa sisa yang ada di pinggan mangkuk tu.Kemudian, letak dalam besen.Langkah seterusnya, jerang air agak-agak cukup untuk rendam pinggan mangkuk tadi.Bila air dah mendidih, curah dalam besen tu.Jangan tunggu sampai air tu sejuk baru cuci.Kalau tunggu, alamat pi mai pi mai tang tu le.Segeralah cuci tapi kena hati-hatilah kalau tak nak tangan tu jadi telur rebus.  Kalau rasa susah nak ikut petua ni, senang je.Belilah mesin pencuci pinggan mangkuk.Habis cerita.Amacam?

Ha!Guna yang ni ha.

0 comments:

Let's have a break!