Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, December 9, 2012

Petua kuatkan kuku

  Petua yang ni aku rajin buat masa zaman 'sweet' dulu.Sekarang  dah tak berapa sweet dah.Tinggal manis-manis buah je.Tapi memang berkesan tau sebab sampai sekarang  kuku aku dah tak patah.Kalau dulu, pantang buat kerja rumah sikit mesti kuku aku patah.Kalau kuku pendek, tak patah tapi pecah-pecah terutama di bahagian tepi.Tapi, sekarang ni dah ok dah.Atau pun mungkin sebab aku jarang buat kerja rumah.Hahahaha!Petua ni rasanya boleh juga cantikkan kuku.Nak try?

  Caranya senang je.Carilah bawang putih yang cukup tua.Nak tau tua ke tak, tak payah tanam sendiri pokok bawang putih tu.Tapi cukup dengan melihat warnanya.Kalau warnanya dah macam warna susu pekat tu maknanya bawang putih tualah tu.Kalau bawang putih belum baligh warnanya putih dan 'tak pekat'.Bawang putih tua kulitnya lebih tebal dan lebih
senang lekang dari labunya.Contoh macam gambar tu.


   Bila dah ada bawang putih tua, untuk buat petua ni, kita mesti ada kuku.Hahaha!Memanglah.Kalau tak de kuku, mesti tak boleh buat petua ni.Step seterusnya, kupas kulit bawang putih tu sampai b***l tanpa seurat benang.(Bawang yang tanpa seurat benang.Bukan kita tau.Kena faham betul-betul) Kemudian, cucuk-cucukkan kuku kita dalam bawang putih tu.Kalau nak ramas bagi hancur pun boleh tapi pastikan tapak tangan atau tepu kuku tu tak de luka.Kalau tak, menjerit aduh!Aduh!Duh!Mana tahan...!Pedih.Lakukan aktiviti meramas dan mencucuk ni sekerap yang boleh.Pastikan juga seluruh permukaan kuku kita tu kena air bawang putih tu.Kalau tak tahan baunya, nasiblah.Petua ini juga kata Robert Pattinson,boleh digunakan untuk menghalau drakula. la...la...la...

   Kalau ada yang allergik pada bawang putih, bolehlah ganti dengan belimbing besi.Buat cara yang sama.Belimbing bintang tak sesuai sebab dia selalu mimpi sampai ke bintang.Kalau belimbing besi pun tak ada, maklumlah, kena ke pasar orang kampung baru jumpa belimbing besi ni,carilah serpihan mar-mar / mozek.Cari simen bahagian yang kasar.Biasanya di kaki lima rumah atau di luar rumah.Gesek serpihan tu sampai keluar debu mar-mar.Gosok menggunakankain lembut pada permukaan kuku perlahan-lahan.Kuku akan jadi kuat, cantik dan berkilat.Cewah...

   Malas nak buat sebab tak cukup masa nak blogging?Alah!Alasan!Klau malas nak buat, carilah not RM50.Kemudian bawa ke mana-mana tempat yang ada offer buat manicure.Ha!Buatlah manicure gerenti kuku kuat, cantik dan berkilat.Setuju?


Aktiviti ni boleh mencantikkan kuku juga.

Boleh buat time menonton PIALA AFF SUZUKI MALAYSIA LWN THAILAND MALAM NI.

0 comments:

Let's have a break!