Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, December 9, 2012

Petua untuk hilangkan insomnia

      Entry terakhir malam ini ( dah tak larat nak online lagi dah.Letih tengok ghimau dengan gajah), adalah petua untuk hilangkan insomnia atau susah nak tidur.Petua pertama senang je iaitu minum segelas susu hangat.Kalau dapat susu segar terus dari lembu lagi baik.Tapi mana nak cari kan?Susu ibu tak mao! Kalau kebetulan ada susu kambing pun boleh.Tapi, aku tak boleh nak minum susu kambing sebab alergik.Badan habis jadi bengkak.Sebenarnya susu lain pun aku tak boleh minum sebab aku TAK SUKA SUSU.Maknanya petua ni aku tak pernah cuba cuma tengok orang lain buat je.Lepas minum susu tu, dengan izin Allah mesti mata rasa mengantuk.

   Petua kedua sangat sesuai untuk mereka yang tak suka membaca.Caranya selepas standby nak tidur atas katil tu, cuba baca buku.Pilihan terbaik adalah buku pasal politik.Gerenti lepas tu boleh tidur.Tapi, kalau suka membaca, petua ni langsung tak sesuai sebab makin besarlah pulak biji mata tu nanti.  Cara terakhir, tengok je apa-apa cerita yang agak membosankan.gerenti tidur lena.Selamat mencuba.


Amboi!Lenanya tidur.

2 comments:

Mira Amirudin said...

hahaha what a good sharing :)

Belalang hijau Perisik said...

buka tv time channel abis tu yang ada bunyi tuuuuuutttt... hahaha

Let's have a break!