Sunday, December 2, 2012

Resipi Bubur Arab ubat demam

   Banyak-banyak bubur, bubur apa menari gelek?Jawapannya adalah BUBUR ARAB kerana lepas makan BUBUR ARAB aku terus rasa nak bergelek @ sembuh dari demam.Alhamdulillah....  BUBUR ARAB ni senang je nak buat.Tapi kalau rajin... Lebih kurang sama dengan bubur asyura tapi bubur Arab tak guna santan.Kira baik untuk kesihatanlah tu.Ok.Sebelum aku share resipi bubur Arab, jom kita tengok gambar dulu.
-
-
-
-
-
-
-
Terliur tak?

   Cara-cara nak masak bubur Arab ni senang je.Yang penting, rajin ke dapur.Ok.Bahan-bahannya adalah 2 pot beras dibasuh dan direndam agak-agak 5 jam, 1/2 kilo daging direbus hingga empuk dan ambil air rebusannya.Bubuh sedikit garam semasa merebus.Barulah sedap.8 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih dimayang untuk ditumis.1 sudu besar serbuk kari.Jenama apa tak kisahlah asalkan bukan Mariah Carey atau Pulau Carey.4 biji bawang bombay dimayang dan digaul rata dengan tepung kemudian digoreng jadikan bawang goreng.2 biji telur masin direbus dan dibelah dua.1 pokok daun bawang dan 1 pokok daun sup dipotong untuk ditabur.Sebiji lobak dipotong ikut suka.2 sudu minyak sapi untuk menumis.

   Bila dah ada semua bahan tu, panaskan minyak sapi dan bila cukup panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih.Masukkan juga serbuk kari yang telah dibuat paste.Tumis hingga naik bau.Toskan beras dan masukkan dalam periuk berisi tumisan.Masukkan air rebusan daging.Masak sampai beras jadi bubur.Masak hingga betul-betul jadi bubur.Kalau masih nampak butir nasi tu maknanya belum jadi bubur.Tak sedap.Tak ummph.Time masak ni kena hati-hati sebab api tak boleh besar sangat.Nanti hangus.Periuk jangan ditutup untuk elakkan bubur melimpah dan rasanya tak kow.Maknanya kena dok tunggu depan periuklah tu.Masukkan lobak.Jangan lupa bubuh garam dan ajino.

   Bila bubur dah masak, masa nak menghidang tu taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.Letakkan telur masin.Kalau nak lebih cantik, bolehlah tabur sedikit hirisan lada merah.Siap untuk dihidang.Siapa tak cuba, rugi tau! Wink!Wink!



2 comments:

Unknown said...

bubur arab...first time dgr..mesti baik utk kesihatan...

Unknown said...

sis...tq resepi ni. puteri sakit tekak.maybe blh cuba resepi bubur ni

Post a Comment